Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Hospital Tampin Terima Panggilan...

TAMPIN - Hospital Tampin awal pagi ini menerima satu panggilan ancaman bom di...

Penganggur Didenda Kerana Cederakan...

KUALA LUMPUR - Seorang penggangur didenda RM2,500 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah...

Selangor Bentang Belanjawan 2019...

SHAH ALAM - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Selangor, hari ini membentangkan Belanjawan berjumlah...

Fon Kepala Canggih Bersihkan...

WASHINGTON - Sebuah syarikat berpangkalan di Seattle telah mencipta headphone istimewa yang boleh...

Polis Siasat Isu Remaja Cedera Dipukul Dalam Lokap

IPOH – Polis Perak akan menyiasat dakwaan menyatakan seorang remaja lelaki dipukul sehingga cedera ketika ditahan di sebuah balai polis di sini minggu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt. Mohd. Nor Rasid mengesahkan pihaknya menerima dua laporan polis yang dibuat ayah remaja itu, pada Rabu lepas dan hari ini.

“Polis mengesahkan menerima laporan itu dan tohmahan tersebut akan disiasat,” katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp di sini hari ini.

Terdahulu, ayah remaja itu, Fauzi Muda, 56, mendakwa anak lelakinya dipukul sehingga cedera semasa dalam tahanan polis kerana didakwa terbabit dengan kegiatan kumpulan ‘Geng Guna’.


Beliau berkata anak lelakinya yang berusia 17 tahun itu ditahan di kediaman mereka di Taman Malar, Ulu Kinta, dekat sini pada 23 Sept lepas oleh sepasukan polis bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.

“Laporan ini dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan terperinci terhadap anggota polis yang bertindak memukul anak saya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Bercham di sini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori