Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Video: Samseng Tumbuk Dua...

GENGSTER sindiket judi mengganas dengan bertindak nekad menumbuk anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya...

Puad Jawab Alasan TPM...

TIDAK sampai 24 jam namanya digugurkan Barisan Nasional (BN) Johor untuk bertanding sebagai...

Anggota Trafik Ditahan Rogol...

LANGKAWI - Seorang anggota polis trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi,...

Isu Tuntutan Sulu: Jk...

PARLIMEN | Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Antarabangsa akan memulakan prosiding berhubung isu...

Polis Rampas Ganja 1.5kg Bernilai RM26,656 Di Kuching

KUCHING – Polis merampas dadah jenis ganja seberat 1,505.79 gram bernilai RM26,656 dan menahan dua suspek dalam dua serbuan berasingan semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata serbuan pertama dilakukan pada pukul 12.20 tengah hari oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di tempat letak kereta di Jalan Song berhampiran sebuah pusat kurier.

Katanya ketika serbuan dilakukan, seorang suspek wanita berusia 19 tahun ditahan dan hasil pemeriksaaan polis berjaya merampas dadah jenis ganja seberat 1,019.48 gram yang dipercayai dihantar menggunakan perkhidmatan kurier dari Semenanjung.

“Ekoran daripada tangkapan tersebut, polis kemudiannya menahan seorang lelaki berusia 26 tahun yang menunggu suspek pertama dalam sebuah kereta dan hasil pemeriksaan lanjut telah merampas dadah jenis ganja seberat 11 gram,” katanya pada sidang media di IPD Kuching hari ini.

Abang Ahmad berkata susulan daripada kedua-dua tangkapan itu, polis telah menjalankan pemeriksaan di sebuah rumah di Jalan Cenderawasih dan berjaya merampas dadah jenis ganja seberat 475.31 gram.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Kedua-dua suspek telah ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan,” katanya.

Abang Ahmad turut menyeru supaya masyarakat terus menyalurkan maklumat kepada polis agar masalah penyalahgunaan dadah dapat dibendung bersama. -BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori