Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Usul Gantung Kehadiran, Chong...

KUCHING - Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen menarik balik tuduhannya terhadap Setiausaha...

Doktor Dalang Sindiket Pemalsuan...

PUTRAJAYA - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menahan dua individu termasuk seorang doktor yang...

Angka Positif Covid-19 Meningkat...

PUTRAJAYA - Angka positif koronavirus (Covid-19) terus meningkat kepada 83 kes apabila Kementerian...

200 Mayat Ditemui Di...

PARIS, Perancis – Sekumpulan pakar arkeologi di sini tidak menyangka akan menemui lebih...

Polis Tahan 24 Kaki Judi Belangkas Di Pendang

ALOR SETAR – Polis menahan 24 kaki judi belangkas serta merampas wang tunai lebih RM35,000 dalam satu serbuan di Kampung Watt, Paya Mat Insun tengah malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, SAC Mohd Nashir Ya berkata serbuan dilakukan di sebuah rumah oleh pasukan JSJ Ibu Pejabat Kontinjen Kedah diketuai ASP Azman Adnan bersama Bahagian Siasatan Jenayah Pendang pada 12.30 tengah malam tadi.

“Aktiviti judi dijalankan di kawasan berhampiran upacara kematian, di hadapan sebuah rumah di Kampung Watt, Paya Mat Insun,” katanya menerusi satu kenyataan.

Dalam serbuan itu katanya, polis menahan 20 lelaki dan empat perempuan tempatan, masing-masing berumur antara 24 hingga 64 tahun dan merampas beberapa peralatan judi belangkas dan dadu.


Polis katanya akan memohon perintah reman untuk semua tangkapan terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori