Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Malaysia Yakin Dapat Kenal...

PUTRAJAYA – Malaysia yakin bahawa pelaku yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines...

Pramugara Parah Kereta Dipandu...

SEREMBAN - Seorang pramugara cedera parah selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas...

PRU15: SPR Umum Tarikh...

PETALING JAYA – Teka-teki orang ramai mengenai tarikh sebenar Pilihan Raya Umum ke-15...

Bomba Mampu Kesan Punca...

KUALA LUMPUR - Keupayaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bukan hanya diukur...

Polis Tahan 9 Tonto Bauksit Di Sekitar Bukit Goh

KUANTAN – Sembilan lelaki yang disyaki menjadi tonto kepada aktiviti mengeluarkan bauksit yang masih tidak dibenarkan buat masa ini, ditahan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas penguatkuasaan di sekitar kawasan Bukti Goh di sini pada bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata ia merupakan tangkapan pertama melibatkan individu yang menjadi tonto kepada kegiatan itu.

“Kesemua mereka berumur dalam lingkungan 30 hingga 40-an itu ditahan di sekitar Felda Bukit Goh dengan empat daripada mereka ditahan pada 15 Ogos, manakala lima lagi ditahan pada 29 Ogos.

Mereka didapati cuba menghalang penguatkuasa daripada mengambil tindakan terhadap lori-lori membawa keluar bauksit secara haram dengan mengintip pergerakan dan menakut-nakutkan penguatkuasa termasuk bertindak membaling mercun,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Berikutan penahanan itu, katanya polis turut merampas tiga kenderaan pancuan empat roda, dua kereta, tiga unit walkie talkie, dan masing-masing satu kabel, buluh, dan cota.

Mereka ditahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Bagaimanapun, empat yang lelaki yang ditahan pada 15 Ogos telahpun dibebaskan dengan jaminan polis, manakala lima lagi lelaki masih ditahan reman selama seminggu bermula daripada tarikh mereka ditangkap.


Kertas siasatan juga katanya, telah dihantar kepada pegawai pendakwa bagi tindakan lanjut.

Pada 30 Jun lepas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tunaku Jaafar mengumumkan keputusan Kabinet untuk melanjutkan tempoh moratorium bagi perlombongan bauksit sehingga 14 Sept depan, bagi membolehkan usaha mengosongkan simpanan stok bauksit yang berada di luar Pelabuhan Kuantan dan sekitar Bukit Goh dilakukan.

Pelanjutan itu merupakan kali ketiga selepas moratorium pertama selama tiga bulan dari 15 Jan hingga 14 April dilanjutkan untuk kali kedua selama tiga bulan yang sepatutnya berakhir pada 15 Julai lepas.

Tempoh moratorium akan dilanjutkan lagi sekiranya simpanan stok bauksit masih tidak berjaya dikosongkan sehingga 14 Sept ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori