“ABANG silap orang.” Itu yang dikatakan seorang lelaki apabila ditahan dua lelaki yang dipercayai anggota polis kerana disangka penagih dadah.
Lelaki yang dipercayai guru itu dikatakan baru pulang dari kelas tuisyen untuk murid yang menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di sekolahnya.
Bagaimanapun, dua lelaki tersebut enggan mempercayai kata-kata guru itu dan terus mengasari serta mengarinya sebelum dibawa ke balai polis.
Guru tersebut dibebaskan selepas menghubungi guru besar sekolahnya dan mendapat rawatan di klinik akibat kekasaran dua anggota polis itu.
Difahamkan, guru tersebut mendapat cuti tiga minggu akibat kecederaan ditangan (patah tangan).
Video kejadian ini dimuat naik dalam Facebook Surur Ghazali dan netizen mahukan tindakan sewajarnya dilakukan.
Namun, lokasi dan waktu kejadian tidak didedahkan  dan ianya masih belum dapat disahkan oleh polis. – MYNEWSHUB.CC