Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Angkat Sumpah Ketua Menteri...

KOTA KINABALU - Angkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah yang baharu dijadual bermula pukul...

Caprice Tampil Lagi, Mia...

PENYANYI rapper, Caprice kini lebih dikenali di laman Isntagram miliknya kerana dia sering...

Pendaki Gunung Berlumut Hilang...

KLUANG – Seorang pendaki yang dipercayai sesat ketika mengikuti pendakian berkumpulan dekat...

Kaji Cara Percepat Bayaran...

KUCHING - Kerajaan akan meneliti prosedur dalamannya bagi mencari jalan untuk membolehkan kontraktor...

Polis Tumpaskan Geng ‘Mat Puling’

BUKIT MERTAJAM – Polis menumpaskan Geng ‘Mat Puling’ yang aktif menjalankan kegiatan samun, pecah rumah dan curi motosikal selepas menahan sepasang suami isteri yang merupakan dalang kumpulan itu bersama tiga lelaki di negeri ini dan Kedah, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, sepasukan polis menahan dua lelaki berusia 27 dan 37 tahun di kawasan Kampung Selamat, Tasek Gelugor dekat sini pada 9 Sept lepas sebelum menahan seorang wanita berumur 29 tahun di Taman Mahsuri, Padang Serai di Kedah pada hari yang sama.

“Susulan penahanan pasangan suami isteri dan seorang lelaki itu, polis berjaya menahan dua lagi lelaki masing-masing berusia 21 tahun di Bukit Mertajam pada keesokannya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya ekoran penahanan lima individu itu polis merampas pelbagai barangan hasil curi, samun dan pecah rumah geng berkenaan antaranya telefon bimbit, barangan kemas, komputer riba, peralatan elektrik serta pelbagai jenis kunci.

“Polis turut merampas tiga buah motosikal dan sebuah rangka kenderaan itu dipercayai yang dicuri geng berkenaan. Kami juga sedang mengesan rangka-rangka motosikal yang telah dibuang ke dalam beberapa sungai,” katanya.

Nik Ros Azhan berkata polis turut menahan empat lelaki merupakan pemilik kedai emas dan kedai pajak gadai di sekitar Bukit Mertajam yang membeli barang kemas daripada geng itu serta merampas sejumlah emas yang telah dileburkan serta surat pajak gadai.

Hasil penahanan mereka juga polis percaya berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 20 kes membabitkan samun, pecah rumah dan curi motosikal di daerah ini membabitkan kerugian lebih RM100,000, katanya.

Katanya kumpulan itu aktif selepas lelaki berusia 27 tahun yang dikenali Mat Puling, dibebaskan daripada penjara Mac lepas selepas dipenjara selama dua tahun.

“Berdasarkan siasatan awal polis, Geng Mat Puling itu turut disyaki terlibat dalam kejadian samun seorang pensyarah wanita Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh di kawasan sawah di Jalan Kubang Semang, Ogos lepas.

Mereka juga aktif menjalankan aktiviti jenayah di negeri ini, Kedah dan Perak dan menyasarkan rumah orang kaya serta sesiapa yang baru mengeluarkan wang dari bank dan golongan wanita yang memandu sendirian,” katanya.


Nik Ros Azhan berkata siasatan juga mendapati Mat Puling mempunyai 16 rekod jenayah lampau manakala isterinya satu rekod jenayah berkaitan dadah.

“Lima individu itu kini direman sehingga esok bagi membantu siasatan dan mereka juga turut disiasat menurut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA),” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain beliau berkata polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes seorang lelaki cedera parah dipukul rakan baiknya dalam kejadian di Kampung Besar Berapit, di sini 7 Sept lepas.

Katanya lelaki berusia 23 tahun itu ditahan di Genting Highlands, Pahang pada 10 Sept lalu dipercayai bersembunyi di situ selepas bimbang ditahan polis kerana terlibat dalam kejadian berkenaan.

“Siasatan kami mendapati lelaki berkenaan bertindak sedemikian kerana berang dan mendakwa isterinya mempunyai hubungan dengan rakan baiknya itu sehingga menyebabkan mereka hampir bercerai,” katanya.

Katanya lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu kini direman sehingga esok bagi membantu siasatan dan kes itu disiasat menurut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 25 tahun mengalami kecederaan parah selepas ditendang, ditumbuk dan dipukul dengan kayu serta besi oleh suspek di kawasan tokong berhampiran rumah mereka. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori