Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

APMM Pastikan Perairan Negara...

KUALA LUMPUR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan agensi berkaitan akan meneruskan...

Tindakan Tegas Pihak Cuba...

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia tidak akan teragak-agak untuk...

JST Kecam Media Pertikai...

KUALA LUMPUR - Gara-gara tidak berpuas hati dengan laporan negatif media berhubung kegagalan...

Penyelidik Dialu Sumbang Bahan...

KUALA LUMPUR - Penulis tempatan dan universiti dialu-alukan untuk menyumbangkan bahan akademik kepada...

Polis Wanita Kena Bela Diri Tuduhan Berkaitan Pengganas

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang anggota polis wanita membela diri terhadap pertuduhan tidak memberikan sebarang maklumat berkaitan kumpulan pengganas kepada pihak berkuasa.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Koperal Jusninawati Abdul Gani, 35, pada akhir kes pendakwaan.

Beliau juga berkata pendakwaan berjaya membuktikan Jusninawati mempunyai pengetahuan bahawa ada seorang individu hendak ke Syria pada 12 November 2014 tetapi tertuduh tidak memberi apa-apa maklumat kepada pihak polis mengenai perkara itu.

“Polis berperanan menjaga keamanan dan menegakkan undang-undang. Ini jelas bahawa sebagai anggota polis, tertuduh terikat dari segi undang-undang untuk memaklumkan segala maklumat kepada pihak berkuasa,” katanya.

Mahkamah menetapkan 10 November untuk tertuduh membela diri.

Jusninawati yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya didakwa dengan sengaja tidak memberi sebarang maklumat berkenaan kesalahan yang dipercayai perbuatan keganasan di pejabat IPD tersebut di antara Ogos 2015 dan Mac 2016.


Polis wanita itu dituduh mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ezrene Zakariah manakala peguam Nik Zarith Nik Moustpha dan Adi Zulkarnain Zulkafli mewakili Jusninawati. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori