Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Dadah: NGO Perlu Utamakan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu badan-badan bukan kerajaan...

PH Batal Projek Untuk...

KESAL... Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bidas tindakan Pakatan Harapan (PH) memberhentikan...

Agong, Raja Permaisuri Ucap...

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan...

Kamal Adli Nafi Punca...

HAI, kesian sungguh nasib Kamal Adli yang tak pasal-pasal dituduh sebagai orang ketiga...

Profesion R&D Perlu Tawar Pendapatan Tarik Belia ASEAN

KUALA LUMPUR – Profesion Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) harus memberi ganjaran dan menawarkan gaji berpendapatan tinggi untuk membolehkannya menjadi pilihan kerjaya bagi generasi belia ASEAN akan datang.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata pada masa ini, R&D di negara-negara ASEAN kekal sebagai industri bergaji rendah walaupun menjadi pencetus perubahan utama dalam menentukan kedudukan rantau itu dalam rantaian nilai.

Beliau berkata Malaysia membelanjakan kira-kira 1.13 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi penyelidikan dan pembangunan dan gaji penyelidik kekal dalam lingkungan berpendapatan rendah.

“Menurut Adecco (firma kakitangan), Pengurus Penyelidikan Klinikal Saintifik yang mempunyai pengalaman lebih empat tahun memperoleh pendapatan maksimum RM7,000 sebulan berbanding RM10,000 yang diterima oleh akauntan dan RM15,000 yang diperoleh oleh pegawai bank di kaunter yang berurusan dengan pelanggan.

“Pemberian ganjaran ialah sebagai tanda utama bagaimana kita menghargai penggerak utama inovasi ini,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Forum ASEAN Kyoto 2016, di sini, hari ini.

Sementara itu, Khairy berkata ia adalah penting bahawa generasi belia ASEAN harus mempunyai kecenderungan kepada penyelidikan, berfikiran rasional dan inovatif.


Beliau berkata ia harus mencakupi dalam budaya ASEAN dengan menekankan bahawa keupayaan inovatif dilihat sebagai kelebihan utama dan bukannya melanggar norma-norma.

“Komponen generasi seterusnya dalam ASEAN harus mengamalkan inovasi sebagai sebahagian daripada budaya,” katanya.

Khairy juga menggesa belia ASEAN untuk menyemarakkan semangat ASEAN dengan memberi tumpuan kepada kekuatan secara kolektif dan tidak sebaliknya kepada aspek dalaman di negara individu untuk membolehkan masyarakat memanfaatkan kekuasaan ASEAN sebagai satu rantau.

Forum itu bertemakan ‘Window to ASEAN: International and Innovativeis’ bertujuan untuk mencungkil pelajar dan penyelidik yang berbakat dan bercita-cita tinggi di Jepun dan ASEAN untuk membimbing mereka ke dalam masyarakat global agar mereka dapat merealisasikan potensi mereka dengan sepenuhnya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori