Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Hati-hati Jeff! Usah Melampau:...

JEFF Ooi, Ahli Parlimen Jelutong adalah manusia paling kurang ajar dan paling trendy...

Agong: Tangani Segera Krisis...

Krisis sekuriti makanan perlu ditangani segera terutama dalam keadaan dunia yang menghadapi pelbagai...

Kapal Berusia 400 Tahun...

CASCAIS (PORTUGAL) - Pakar arkeologi yang menjalankan pencarian di sekitar perairan Portugal menemui...

Perjuangan Turki Tentang Keganasan...

ANKARA - Wujud satu keperluan untuk Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS)  bersepakat dengan Turki dalam...

Projek Aeroangkasa Bakal Dibangunkan Di Perak

IPOH – Sebuah universiti awam dan syarikat antarabangsa berhasrat untuk membangunkan projek aeroangkasa di bahagian utara negeri Perak, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Tanpa mendedahkan nama universiti dan syarikat berkenaan serta tempoh pembinaannya, Zambry berkata projek yang akan dibangunkan adalah pembinaan stesen di daratan.

Menurut Zambry, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi penyelaras kepada pelaksanaan cadangan itu.

“Saya telah mengarahkan supaya perbincangan lanjut diadakan termasuk turut melibatkan Kerajaan Persekutuan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Selepas sidang media itu, Zambry turut menyempurnakan pra pelancaran Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Dunia (WCIT) 2016 bertemakan ‘Dunia Masa Depan’ anjuran Universiti Sultan Azlan Shah.

Mengulas lanjut mengenai WCIT 2016, Zambry berkata penganjuran kali ketiga itu akan berlangsung selama tiga hari mulai 18 Okt ini di Hotel Casuarina@Meru di sini dan dijangka dihadiri kira-kira 400 peserta dari lebih 15 negara.

Beliau berkata tujuan utama persidangan adalah untuk membincangkan pendekatan utama dan reka bentuk terbaik dalam menyediakan pandangan serta pelan pembangunan secara holistik.


Katanya 12 pembentang utama dari dalam dan luar negara dijemput untuk menghadiri persidangan itu antaranya Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Prof Datuk Dr Azizan Baharuddin.

“Para sarjana, ahli teori, penyelidik, guru, pentadbir serta peserta-peserta utama dalam industri sentiasa dialu-alukan untuk menyampaikan kertas kerja akademik masing-masing di persidangan ini,” katanya.

Zambry hari ini turut menghadiri majlis penyerahan daging korban Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori