Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PAS Masih Bersama Pakatan...

MARANG - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sehingga kini PAS...

“Tak Takut Ke Dik...

GARA-GARA mahu elak dimarahi bapa kerana kuat tidur, seorang kanak-kanak 12 tahun memilih...

Nizam Rahman Berang Netizen...

DUBSMASHER terkenal, Nizam Rahman yang gemar membuat parody video-video viral di media sosial kini...

Jawatankuasa Khas Kaji Undang-Undang...

PUTRAJAYA - Kerajaan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji undang-undang baharu untuk membendung...

Promosi Buah-buahan Tempatan Malaysia Di Romania

BUCHAREST – Promosi buah-buahan tempatan Malaysia bermula Jumaat di Carrefour hypermarket ibu negara Romania ini dengan menampilkan antara lain belimbing, nangka dan manggis.

Promosi untuk julung kali itu berlangsung di Carrefour Hypermarket Park Lake hari ini dan di Carrefour Baneasa Hypermarket pada Sabtu.

Ia anjuran Pejabat Perwakilan Pertanian Malaysia di The Hague dan Kedutaan Malaysia di Romania dengan disertai oleh tiga syarikat, DRS Trading Sdn Bhd, Ganda Kota Sdn Bhd dan Cemara Food Industries Sdn Bhd.

DRS Trading juga membawa nenas, markisah, rambutan dan buah naga.

Ganda Kota mempamerkan kerepek isi kelapa dalam lima perasa – lada hitam, madu, karamel, original dan berempa sementara Cemara Food membawa chip nenas dan chip nangka.

Pelanggan Carrefour berpeluang untuk merasai buah-buahan, kerepek dan pencuci mulut yang dikenali sebagai “Passion Fruit Fruit Eton Mess, yang diperbuat daripada meringue (campuran putih telur dan gula aising) bersama markisa, pistasio dan krim puding serta Salad Belimbing dan Timun.


Hidangan itu disediakan oleh Norman Musa, chef rakyat Malaysia berpusat di London yang dibawa khas ke sini untuk promosi.

Sementara itu, Mohd Yusmizam Yahya, Kaunselur Pertanian di Pejabat Perwakilan Pertanian Malaysia di The Hague, memberitahu Bernama bahawa Bucharest ialah destinasi ketiga bagi promosi buah-buahan Malaysia tahun ini selepas Helsinki, Finland dan Malmo, Sweden.

Beliau berkata Romania dipilih kali ini untuk memasuki pasaran ekspatriat di sini terutama dari sektor teknologi maklumat dan komunikasi.

Mohd Yusmizam berkata walaupun terdapat beberapa buah-buahan tropika dari negara-negara jiran Malaysia yang dipasarkan di sini tetapi buah-buahan Malaysia dipilih oleh Carrefour kerana produk itu memenuhi pensijilan antarabangsa Global Gap. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • buah

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori