Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Saravanan Gesa Palanivel Tidak...

GEORGETOWN - Naib Presiden MIC Datuk M. Saravanan menggesa Presiden MIC Datuk Seri...

Pelajar Maut Motosikal Bergesel

KEMAMAN - Seorang pelajar maut selepas motosikalnya bergesel dengan sebuah motosikal lain di...

KJ Saran PSM Pinda...

MELAKA - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyarankan Persatuan Sepak Takraw Malaysia...

Tun Salleh Abas Meninggal...

KUALA TERENGGANU - Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dr Mohamed Salleh Abas, meninggal...

Putra Amaris Kemalangan, Pemandu Cuai Main HP

PELAKON dan penyanyi Amran Ismail atau nama komersial terkininya Putra Amaris telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Setapak, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut laman hiburan MH Online, berita itu dikhabarkan oleh Amaris sendiri menerusi kiriman WhatsApp-nya kepada portal itu.

Bagaimanapun, dia bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan, sebaliknya bahagian depan keretanya sahaja yang teruk.

Putra Amaris Kemalangan, Pemandu Cuai Main HP

Menurut pelakon ini, insiden itu berlaku ketika dia cuba untuk masuk parkir namun dihentam oleh kereta dari arah hadapan meskipun sudah memberikan isyarat.

“Saya sudah berikan amaran kepada pemandu itu berkali-kali dengan membunyikan hon. Tetapi pemandu itu tetap tidak sedar mungkin kerana dia sedang menggunakan telefon,” katanya.


Jelas Amaris, oleh kerana tidak mahu perkara itu berlarutan, dia menyelesaikan masalah itu dengan baik.ƂĀ Manakala kos membaiki keretanya itu ditanggung separuh oleh individu berkenaan.

“Anggaran ganti rugi kurang dari seribu ringgit, pemandunya perempuan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori