Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ibu bapa Nora Anne...

PETALING JAYA - Ibu bapa remaja Ireland Nora Anne Quoirin yang meninggal dunia...

Diskaun Tol 10% Kepada...

JOHOR BAHARU - Senai-Desaru Expressway Bhd (SDEB) menawarkan diskaun tol sebanyak 10 peratus...

Amaran Angin Kencang &...

KUALA LUMPUR - Angin kencang Barat berkelajuan 40 hingga 50km sejam (Kmsj) dengan...

Gambar Wanita Beri Makan...

GAMBAR seorang wanita yang sedang memberi makan kepada beberapa anjing dan kucing menjadi...

Rahim Thamby Chik Didenda, Mohon Maaf

SHAH ALAM – Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik didenda RM1,900 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelik sifatnya terhadap Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, menggunakan akaun Facebook miliknya.

Hakim Slamat Yahya turut memerintahkan Abdul Rahim, 65, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan itu dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda. Beliau membayar denda.

Abdul Rahim turut memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Amir serta menyatakan kekesalan atas perbuatannya itu.

Hakim Slamat ketika menjatuhkan hukuman, menegur perbuatan bekas ketua menteri Melaka itu dan menyatakan Abdul Rahim sepatutnya menghormati serta memelihara institusi diraja yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Slamat turut mengingatkan Abdul Rahim supaya mengambil maklum aspek Raja Berperlembagaan dan memberi taat setia kepada sultan serta raja-raja di Malaysia.

Mahkamah dalam pada itu menasihati Abdul Rahim supaya menjaga komen-komen yang dibuat dalam media sosial bagi memastikan keharmonian dan keselamatan negara terjamin.

Abdul Rahim didakwa melakukan kesalahan itu menggunakan akaun Facebook Rahim TambyChik di Istana Mestika, Jalan Permata 7/1 di sini, kira-kira 8 pagi pada 25 Sept tahun lepas.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.


Bekas ketua menteri Melaka itu sebelum ini mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan utama menyiarkan penerbitan menghasut mendakwa Raja Muda Selangor sebagai murtad di akaun Facebook milik beliau di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Bagi kesalahan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 4 (1)(c) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4 (1) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman menarik balik pertuduhan itu.

Selain Nik Suhaimi, pendakwaan turut diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Dusuki Mokhtar dan Afzainizam Abdul Aziz sementara Abdul Rahim diwakili peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin.

Datuk Salehuddin Saidin pula hadir sebagai peguam pemerhati bagi pihak Istana Selangor. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori