Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kes Tembak, Bunuh Diri...

MANJUNG - Polis telah menyelesaikan kes seorang lelaki warga emas menembak mati seorang...

RMT: Siasat Sekolah Beri...

Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan murid...

5 Pesawat TUDM Siap-Sedia...

PETALING JAYA - Lima buah pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersiap-sedia...

PKR Umum Tidak Sokong...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam memutuskan parti itu tidak...

Raja Muda Perlis Sertai ‘Merdeka Ride’ Di Songkhla

SONGKHLA – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyertai program ‘Merdeka Ride 2016’ bersama warga Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, petang semalam.

Baginda yang diiringi 30 orang ketua jabatan persekutuan dan negeri di Perlis bersemangat menamatkan kayuhan sejauh 32 kilometer sambil mengibar Jalur Gemilang mengelilingi bandar dan pesisir pantai Songkhla walaupun hujan.

Dalam kayuhan itu Tuanku Syed Faizuddin berkenan singgah dan meninjau beberapa pusat pentadbiran, perkampungan nelayan, OTOP (Satu Kampung Satu Produk) dan pesisir pantai wilayah Selatan Thai itu.

Program julung kali itu bersempena Hari Kebangsaan anjuran Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Smart Reader Worldwide dan Kelab Berbasikal TTG Perlis yang disekalikan dengan program ‘Kayuhan MAIPs Peduli’ kali ke-53 2016.

Dalam program itu baginda singgah menunaikan solat maghrib dan isyak di Masjid Asasul Islam yang berusia 176 tahun dan sebelum itu baginda menunaikan solat asar di Masjid Sulaiman Shah, kedua-duanya dalam wilayah Songkhla.

Di kedua-dua masjid itu Tuanku Syed Faizuddin mengambil peluang menyampaikan sumbangan MAIPs, masing-masing sebanyak RM2,000 dan beramah mesra dengan jemaah yang hadir.


Baginda juga melahirkan kepuasan terhadap tahap kebersihan dan keceriaan, penjagaan dan pemuliharaan bangunan berstatus warisan dan industri perikanan di kawasan pesisir pantai yang dilalui.

Sebelum itu ketibaan baginda, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan rombongan dengan bas di Pejabat Konsulat di Sukhum Road Amphoe Muang disambut oleh Konsul Jeneral Malaysia, Mohd Afandi Abu Bakar, Timbalan Gabenor Wilayah Songkhla, Ekkarat Leesen dan Ketua Pegawai Eksekutif Smart Reader Worldwide, Datuk Seri Dr Richard Ong.

Ketua Polis Perlis SAC Datuk Ab Rashid Ab Wahab, Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Rektor UiTM Perlis, Zialuddin Ariffin adalah antara ketua jabatan yang turut serta. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori