TINDAKANÂ kreatif sekumpulan anggota bomba di Kuching, Sarawak menggunakan suara rakaman YouTube nyata membuahkan hasil apabila berjaya menyelamatkan seekor kucing yang terperangkap di bumbung sebuah rumah.
Dalam kejadian sekitar jam 9 pagi di Muara Tabuan, sebuah jentera bersama tujuh tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan daripada pemilik rumah berkenaan.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Farhan Sufyan Borhan berkata, anggota bomba mengambil masa satu jam bagi mengeluarkan kucing berkenaan yang dipercayai terperangkap dalam bumbung rumah sejak tiga hari lalu.
“Kita terpaksa membuka sebahagian daripada bumbung rumah untuk mengeluarkan kucing berkenaan, namun usaha itu gagal kerana kucing itu ketakutan dan kelaparan.
“Bagaimanapun, atas ikhtiar anggota bertugas, mereka umpan kucing itu menggunakan rakaman suara kucing dari YouTube melalui telefon bimbit sebelum berjaya menemui kucing itu dan diselamatkan,†katanya dipetik Berita Harian.
Kucing tersebut kemudian dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya untuk proses pemulihan. – MYNEWSHUB.CC