Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Sikap Tidak Ambil Peduli...

IPOH - Sikap segelintir masyarakat yang tidak memperdulikan bahaya nyamuk Aedes dan demam...

Berita Palsu: ‘Berani Kerana...

ALOR SETAR – Hasrat pemimpin pembangkang, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memansuhkan cadangan...

Penganjur Pesta Arak Perlu...

KUANTAN – Penganjur program pesta arak, Oktoberfest 2018, di ibu kota perlu lebih...

Wartawan UK Cari Jamban...

COLOMBO - Seorang wartawan Britain maut selepas disambar buaya dan diheret ke dalam...

Mogok: Rakyat M’sia Di Tamil Nadu Diminta Berwaspada

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia di Tamil Nadu dinasihatkan supaya berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan berikutan mogok besar-besaran sehari di selatan negara itu, hari ini.

Konsul Jeneral Malaysia di Chennai, Ahmad Fajarazam Abdul Jalil meminta semua rakyat Malaysia supaya bertenang dan sentiasa berada di kawasan yang selamat seperti asrama pelajar dan kampus universiti serta hotel.

“Walaupun secara rasminya pejabat Konsulat bercuti hari ini sempena Hari Malaysia namun masih ada pegawai operasi yang bertugas termasuk saya bagi memantau keadaan sepanjang hari,” katanya kepada Bernama.

Media antarabangsa hari ini melaporkan pelbagai persatuan petani dan organisasi perdagangan telah menggesa penutupan semua premis perniagaan bagi membantah pertikaian penyaluran bekalan air Sungai Cauvery antara Tamil Naidu dan Karnataka.


Rusuhan tercetus selepas Mahkamah Agung India pada 12 September lepas memerintahkan pelepasan air ke Tamil Nadu ketika Karnataka sedang menghadapi kekurangan air yang teruk dalam empangan dan sungai-sungai di wilayah itu.

Ahmad Fajarazam berkata rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan dan maklumat boleh menghubung Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai menerusi talian +91 44 2433 4434 atau melalui telefon bimbit +919940337339 atau +919791114261. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Mogok

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori