Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

AirAsia Papar Logo &...

SEPANG - AirAsia menjalin usaha sama unik dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) apabila...

Telur Jenama ‘Klasik’ Sah...

PUTRAJAYA - Hasil ujian Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) ke atas sampel telur jenama...

20 Warga Filipina Ditahan...

JOHOR BAHRU - Seramai 20 warga Filipina ditahan atas pelbagai kesalahan penyalahgunaan dokumen...

Israel Dakwa Belum Dimaklum...

BAITULMAQDIS - Israel berkata, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump masih belum memaklumkan mereka...

Rasis: Orang Politiklah Perosak Hubungan Kaum

35 tahun lalu, saya belajar di sebuah sekolah menengah di pinggir bandar Alor Setar. Rasis membawa saya melalui pengalaman remaja sekolah yang luar biasa.

Saya melalui beberapa krisis pergaduhan kaum dalam sekolah yang menyebabkan digantung dua kali dan akhirnya pada 1984, saya dibuang sekolah.

Ini pengalaman yang tidak dibanggakan. Sekolah pada ketika itu gagal mengajar soal perpaduan kaum; malah menyemarakkan perkauman hingga dalam satu kes, guru dan murid saling maki-hamun dalam sekolah. Akhirnya, acara bertumbuk diatur di luar waktu persekolahan.

Guru dan murid bertumbuk di luar sekolah.

Tapi itu barangkali zaman mundur dan era gelap pembinaan negara bangsa Malaysia. Zaman dimana tahap ketamadunan perpaduan masih cetek di kalangan pelajar Melayu dan Cina.

Kalau kami bodoh pun, harap dimaafkan. Sebab itu zaman persekolahan dengan idea ganas serta akal serba cetek pula.

Sejauh mana rasis waktu itu?

Agak daring. Batu-bata dipecahkan dan dimasukkan ke dalam beg sekolah berkain koton. Buku dilemparkan di belakang bengkel. Keluar sekolah saja, tali beg diikat di pergelangan tangan dan beg dihayun di kepala lawan tanpa belas kasihan.

Sejauh mana kecederaan?

Ada yang pecah muka dan ada yang patah tiga batang tulang rawan.

Sekarang selepas melangkau 59 tahun merdeka, saya rasa orang perlu celik bahaya perkauman tanpa kawalan.

Orang dalam Gerakan Bersih, orang dalam Gerakan Baju Merah – malah orang politik secerdik Menteri Pelancongan, Tan Sri Nazri Aziz dan Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker pun kena tingkatkan ketamadunan.


Sebagai taiko dan otai politik, jangan bakar sentimen parkauman macam budak sekolah. Memimpin parti bukan setakat kerja mencari undi. Anda bertanggungjawab melangkaui jarak yang jauh lebih mulia daripada itu.

Kalau Bersih dan Baju Merah berarak dan isinya berbau perkauman, kita faham tahap IQ mereka. IQ yang tidak tinggi adalah gambaran jelas bagi pecinta kekacauan yang berkelas kambing melilau di jalanan.

Tapi perang perkauman di kalangan pemimpin parti komponen kerajaan dengan kata-kata yang daring dan diucapkan secara terbuka sangatlah tidak sesuai.

Sebagai pemimpin, tingkatkan level IQ. Jangan menyentuh sensitiviti kaum secara terbuka. Ini tidak wajar datang dari ahli politik yang berkedudukan kanan dalam parti-parti yang membentuk kerajaan.

Hentikan perkelahian dan salah faham politik dengan skil kuno; saling menyindir atau mencela kaum lain untuk popular. Ini alaf 21, zaman kita selalu mendakwa bangsa Malaysia sudah menuju kedewasaan dengan sejarah enam dekad kemerdekaan.

Baca saja pergeseran antara Nazri dan Lian Ker.

Anda berdua macam budak sekolah!

Sebenarnya banyak pemimpin yang bertaraf budak sekolah sekarang. Hairannya budak sekolah inilah yang menjadi pemimpin yang menyebarkan faham tidak cerdik pada masyarakat.

Eloklah sekarang, kita orang awam bertindak sekolahkan mereka supaya orang besar dalam politik faham akan makna keamanan dan keperibadian negara bangsa Malaysia! – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori