Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Hafiz Hamidun Masuk Wad,...

PENYANYI dan pakar motivasi Hafiz Hamidun kini ditahan di wad sebuah hospital di...

Sedia Pertahan Ayer Hitam,...

BATU PAHAT - Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sedia...

SOP Lengkap Dos Penggalak...

PUTRAJAYA - Prosedur operasi standard (SOP) yang menetapkan jemaah lengkap dua dos vaksin...

Bini ‘Out Station’, Laki...

JAKARTA - INDONESIA. Seorang lelaki dicekup Polis Metro Jakarta kerana menganjurkan pesta seks...

Rasuah: SPRM Tahan 5 Anggota JPJ Kedah & Perlis

SUNGAI PETANI – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lima anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Ops Khas 4×4 di Kedah dan Perlis hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.

Sumber SPRM berkata kesemua suspek lelaki berusia di antara 34 hingga 48 tahun itu disyaki menerima suapan di antara RM100 hingga RM300 bagi melepaskan pemandu lori yang membawa lebih muatan di Kedah dan Perlis sejak tahun lepas.

Beliau berkata dua daripada suspek itu, yang berjawatan pembantu penguat kuasa di JPJ Kulim, ditahan di antara 11.30 pagi dan 12.10 tengah hari tadi di JPJ Kulim dan dibawa ke pejabat SPRM di sini.

“Tiga lagi suspek bertugas di JPJ Arau, Perlis iaitu dua pembantu penguat kuasa JPJ dan seorang pemeriksa kereta motor dan mereka ditahan di JPJ Arau, kira-kira 12 tengah hari tadi selepas kesemua mereka memberi keterangan di pejabat SPRM Kangar, Perlis,” katanya di sini, hari ini.

Sumber itu memberitahu kes itu disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 dan permohonan perintah tahanan reman untuk kesemua suspek akan dibuat esok.


Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahya mengesahkan tangkapan itu namun, enggan mengulas lanjut.

Operasi khas itu dijalankan oleh SPRM Kedah dan SPRM Perlis bersama Bahagian Perisikan Ibu Pejabat SPRM Putrajaya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori