Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

SPRM Abadikan Nama Mendiang...

KUALA LUMPUR - Nama mendiang Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Anthony Kevin Morais yang...

Cara Lukis Tanda ‘X’...

MEDIA sosial sering menjadi medan untuk pelayar internet menyuarakan pendapat masing-masing dan ada...

Hannah Yeoh Alu-Alukan SPRM...

SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mahu kebenaran dan bukti...

Mangsa Terkandas Dakwa ‘Taukeh’...

SEORANG mangsa yang terkandas di Monorovia, Liberia sejak 4 Februari lalu menceritakan mereka...

Remaja Mengaku Tak Bersalah Sebabkan Kematian Bayinya

MELAKA – Seorang remaja perempuan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini, hari ini terhadap pertuduhan menyebabkan kematian anaknya yang baru dilahirkan.

Nuruljannah Azalan, 18, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Norma Ismail.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu dalam sebuah rumah di Solok Balik Bukit Palah, Melaka Tengah kira-kira 6 pagi pada 20 Sept lepas.

Tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian anak perempuannya yang baru dilahirkan dengan cara menutup mulut bayi itu dengan tangannya sebelum dibalut dengan tilam toto.

Dia dituduh mengikut Seksyen 309B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ifa Sirrhu Samsudin ketika pendakwaan meminta mahkamah tidak memberikan ikat jamin terhadap tertuduh kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin.

Peguam tertuduh, Andrew Lourdes bagaimanapun memohon mahkamah untuk memberi jaminan kerana Nuruljannah masih remaja.

Norma kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan kes itu disebut semula pada 27 Okt ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori