Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Motorola Kini Milik Lenovo...

Lenovo pernah menyatakan mereka akan mengambil alih Motorola daripada pihak Google sebelum ini,...

Marathon Perlis 2016 Berjaya...

KANGAR - Usaha memperkasa pelancongan sukan melalui penganjuran Marathon Perlis 2016 menepati matlamat...

“Saya Ada Hak Luahkan...

KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy hadir ke...

Bunuh Pemandu E-Hailing: Enam...

KOTA KINABALU : Tujuh pegawai dan anggota polis serta satu orang awam yang...

Rezeki Ketam Bulan Mengambang

ALOR GAJAH – Fenomena air pasang besar turut membawa khabar gembira kepada nelayan di Kampung Telok Gong, Kuala Sungai Baru, di sini, apabila jumlah tangkapan ketam diperoleh mereka meningkat berbanding hari biasa.

Sebelum fenomena itu bermula Ahad lalu, nelayan hanya memperoleh purata antara satu hingga tiga kilogram (kg) ketam sehari, namun sekarang tangkapan mereka mencecah hingga 10kg.

Serli Saad, 40, berkata, sejak fenomena itu bermula, dia dan rakannya, Marbun Sudin, 36, menikmati jumlah tangkapan ketam yang jauh lebih tinggi berbanding hari biasa.

“Alhamdulillah, saya besyukur dengan rezeki diperoleh. Peningkatan jumlah tangkapan ini mungkin disebabkan bulan mengambang sejak malam Ahad lalu yang ada kaitan dengan air pasang besar.

“Sejak Ahad lalu, saya tersenyum setiap kali melihat perangkap jenis bento yang digunakan penuh dengan ketam. Setiap bento diikat pada pelampung untuk memudahkan kami mengesan kedudukannya selepas dihanyutkan arus dasar laut,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori