Sunday, July 7, 2024

Creating liberating content

Mangsa Banjir Di Kedah...

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir kilat di beberapa tempat di Kedah pukul...

Tun M Akui Jadi...

SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui menjadi perdana menteri dalam senario...

Aznil Nawawi: Seks Bukan...

SEKIAN lama menduda, Datuk Aznil Nawawi atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Nil...

Jerebu: 15 Kawasan Catat...

KUALA LUMPUR - Kawasan sekitar Universiti Sains Malaysia dan Seberang Jaya 2, Perai...

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR – Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini susulan data perkhidmatan United States (US) Institute of Supply Management (ISM) yang mengecewakan yang menjejaskan harapan kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) bulan ini.

Pada 6 petang, ringgit disebut harga pada 4.0550/0610 berbanding dolar AS daripada 4.0780/0850 pada Selasa.  Penganalisis Penyelidikan FXTM, Lukman Otunuga berkata Indeks Pengurus Pembelian (PMI) bukan pembuatan ISM bagi Ogos berada pada 51.4, paras terendah
sejak Februari 2000, dan mencetuskan kembali kebimbangan akan keadaan ekonomi AS.

“September menjadi permulaan sukar bagi kenaikan dolar AS dengan pengumuman data ekonomi lemah baru-baru ini mencabar sentimen bulis yang pada awalnya meningkatkan dolar AS,” kata Otunuga dalam satu kenyataan.

Di dalam negara, Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada tiga peratus.

Bank pusat berkata tahap akomodatif monetari adalah selari dengan pendirian dasar bagi memastikan ekonomi domestik terus mencatatkan pertumbuhan kukuh dalam keadaan inflasi stabil disokong oleh pengantaraan kewangan yang terus kukuh dalam ekonomi.


“Keseluruhannya, BNM mengunjurkan ekonomi berkembang dalam jangkaan pada 2016 dan kekal di landasan pertumbuhan kukuh pada 2017,” kata bank pusat dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, unit tempatan diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama.  Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0106/0162 daripada 3.0058/0125 pada Selasa dan turun berbanding euro kepada 4.5570/5646 daripada
4.5531/5621 sebelumnya.

Unit tempatan turun berbanding yen kepada 3.9923/9986 daripada 3.9485/9572 pada Selasa tetapi meningkat berbanding pound British kepada 5.4175/4271 daripada 5.4388/4506 sebelumnya. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori