Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Utusan Melayu: Ambil Semula...

AMPANG - Kelab Veteran Utusan Melayu Malaysia (KVUM) meminta pengurusan baharu akhbar itu...

RCI Tidak Diperlukan Dalam...

PUTRAJAYA – Tidak ada keperluan untuk kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi...

Pelajar Muslim Diharamkan Berpuasa...

PELAJAR beragama Islam di empat sekolah rendah di Britain diharamkan daripada menjalani ibadah...

‘Notis Cinta’ Untuk Pemilik...

KAMI yakin ada kalangan pembaca yang pernah meletakkan kenderaan di kawasan rumah yang belum...

Risda Sasar Eksport Produk Pekebun Kecil Tahun Depan

PORT DICKSON – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) menyasarkan untuk mengeksport produk pekebun kecil atau usahawannya seperti biskut dan madu kelulut ke negara seperti Itali, Amerika Syarikat dan China, tahun hadapan.

Sehubungan itu, Pengerusinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata pihaknya kini dalam proses mengenal pasti beberapa produk terbaik dihasilkan usahawannya.

“Kami juga sudah menghubungi beberapa pihak di luar negara untuk membantu memasarkan produk berkenaan di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Pegawai Seranta dan Pemaju Masyarakat Risda Peringkat Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Zahidi berkata Risda juga akan membantu usahawannya mendapatkan sijil halal memandangkan hanya 300 daripada 11,740 mereka yang memilikinya.

“Risda akan terus membantu membuka ruang pasaran untuk pekebun kecil dan usahawan menambah pendapatan dengan tidak hanya bergantung kepada hasil getah yang tidak menentu harganya.

“Kami sudah menghantar permohonan kepada Malaysia Airports Holdings Bhd dan Keretapi Tanah Melayu Bhd. supaya produk usahawan ini dapat dijual di lapangan terbang dan stesen-stesen keretapi,” katanya.


Selain itu, Zahid berkata, Risda turut meminta peruntukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi penyediaan lebih banyak Pusat Internet 1Malaysia, khususnya di luar bandar yang didiami pekebun kecil.

“Kemudahan internet itu biarlah laju atau mendapat liputan 4G LTE supaya usahawan ini dapat memasarkan produk mereka secara dalam talian,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Zahidi berkata Risda akan mula menanam pokok Guarana di tanahnya seluas 2.02 hektar di Seberang Prai, Pulau Pinang pada akhir tahun ini bagi membantu pekebun kecil yang terjejas akibat kejatuhan harga getah.

“Tanaman seperti pisang, kelapa dan pelbagai tanaman kontan lain ada saingan di pasaran tempatan.

“Menerusi guarana, kita berharap dapat membuka pasaran baharu di peringkat tempatan dan antarabangsa,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori