Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kertas Siasatan Dibuka Berhubung...

ALOR SETAR - Polis akan menjalankan siasatan secara telus berhubung kes seorang guru...

i-Guru Gesa Serap Guru...

SEREMBAN : Kementerian Pendidikan (KPM) diminta memberi keutamaan kepada guru interim terlatih untuk...

VIDEO: Zalim!! Lelaki Dirakam...

Apa kena dengan manusia zaman sekarang?Ramai dah hilang sifat kemanusiaan sampai tergamak mendera...

55,000 Guru Terima Vaksin...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) akan memastikan...

Rosmah Lawat Sekolah Kanak-Kanak Autisme Di Berlin

BERLIN (Jerman) – Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak, melawat Schule am Friedrichshain, sekolah khas kanak-kanak autisme, di Berlin pada Selasa.

Sekolah itu menawarkan beberapa bentuk pendidikan khas untuk kanak-kanak berkenaan dengan sokongan pembantu tenaga pengajar.

Ia juga menawarkan kelayakan vokasional khas untuk belia autisme dalam bidang seperti seni pertukangan kayu, membersihkan tekstil, dan ekonomi rumahtangga, masakan dan berkebun, menurut satu kenyataan.

Senat Pendidikan, Belia dan Wanita Berlin mencadangkan lawatan itu, katanya dan menurutnya ia dapat membantu menambah baik program Kurnia Permata Malaysia bagi kanak-kanak autisme.


Rosmah, yang mengiringi Najib dalam rangka lawatan rasmi ke Jerman, ialah penaung Program PERMATA yang diasaskan di Malaysia pada 2007.

Program PERMATA ditawarkan kepada kanak-kanak dan remaja daripada semua lapisan masyarakat, dengan objektif menyediakan platform untuk mencungkil potensi dan mengasah bakat dalam usaha memacu pertumbuhan negara dan membimbing generasi cemerlang yang boleh menjadi kebanggaan Malaysia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori