Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kepala Budak Sepit Dalam...

ALAHAI... Macam-macam. Seorang kanak-kanak berusia empat tahun berhadapan dengan detik cemas apabila kepalanya...

Tolak Lamaran, Gadis Teruk...

SEORANG gadis berusia 20 tahun yang ditemui mati di sebuah spa di Jalan Mat...

Nur Aisyah: Polis Temui...

LANGKAWI - Toto yang mempunyai beberapa titisan darah dirampas dari rumah pasangan suami...

Keldai Dadah India Ditahan,...

KUALA TERENGGANU - Cubaan seorang lelaki warga India, dipercayai keldai dadah, untuk membawa...

Rumah Dihempap Pokok Kekabu, 8 Sekeluarga Selamat

PARIT BUNTAR – Sebuah keluarga nyaris maut selepas rumah didiami mereka rosak teruk dihempap sebatang pokok kekabu berketinggian lebih 12.19 meter (40 kaki) dalam kejadian di Kampung Tanah Kebun, di sini, tengah malam semalam.

Mangsa Nordin Idris, 44, berkata dalam kejadian 12.45 malam itu, beliau bersama isteri sedang menonton televisyen di ruang tamu manakala enam anaknya berada di dalam bilik masing-masing.

“Sedang asyik menonton televisyen, saya dan isteri terdengar bunyi dentuman kuat dari atas bahagian bumbung bilik anak-anak dan dapur rumah.

“Tiba-tiba anak sulung saya yang berada di dalam bilik berlari keluar dalam keadaan trauma disusuli lima anak yang lain.

“Apabila saya melihat keadaan bilik mereka, saya terkejut mendapati keseluruhan siling bilik sudah runtuh ke bawah, manakala kelihatan sebatang pokok kekabu berketinggian lebih 40 kaki menghempap sebahagian rumah kami,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di sini hari ini.


Nordin berkata beliau bersyukur batang pokok kekabu itu tidak tumbang sampai ke lantai kerana ia betul-betul berada di atas kepala anaknya yang sedang mengulang kaji pelajaran ketika itu.

“Kejadian itu menyebabkan saya kerugian lebih RM10,000 kerana bumbung, dinding, dapur, sistem pendawaian elektrik dan perabot telah rosak,” katanya.

Katanya kerja-kerja pemotongan pokok kekabu yang tumbang itu telah dijalankan pada sebelah pagi dengan inisiatif gotong-royong penduduk kampung. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori