Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Polis Buru Lelaki Tular...

KLANG: Polis memburu individu yang tular memukul lelaki dipercayai gelandangan dengan besi pemukul...

MB NS Selamat Bedah...

PORT DICKSON - Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa Menteri...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini...

Pelakon ‘Mahar’ Dalam Laskar...

Buat penggemar filem dari Indonesia, Laskar Pelangi merupakan salah satu naskah wajib ditonton...

Rumah Warga Emas Hangus Dijilat Api

DUNGUN – Seorang warga emas kehilangan harta benda apabila rumahnya di Kampung Balai Besar di sini hangus dijilat api petang semalam.

Pesara swasta Ismail Hassan, 61, berkata beliau baharu sahaja keluar rumah untuk minum di kedai berhampiran kira-kira 6.30 petang dengan kawan-kawannya.

“Saya baru keluar tak sampai 20 minit, tiba-tiba dapat panggilan dari anak yang beritahu rumah saya dah hangus dijilat api..

“Masa nak keluar rumah, pak cik dah periksa keadaan rumah, tak ada plug yang dipasang kecuali peti ais yang memang sentiasa dipasang,” katanya.

Sementara itu Mohd Sukri berkata beliau yang tinggal berhampiran rumah bapanya diberitahu bahawa rumah bapanya telah terbakar.


“Saya terpaksa pecahkan pintu belakang rumah ayah saya sebelum masuk untuk periksa kalau ayah saya ada dalam rumah. Saya panggilnya berulang kali tapi tak ada jawapan. Kemudian saya telefon dia, mujur dia jawab dan bagi tahu dia ada di kedai,” katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Amri Mohamad berkata api cepat marak kerana struktur rumah itu yang diperbuat daripada kayu.

Punca kejadian masih disiasat, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori