Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Peperiksaan Tahap 1 Dimansuh...

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mengumumkan peperiksaan bagi murid Tahap...

Bomba Tumbang Dipatuk Ular...

Ipoh - Seorang pegawai bomba yang tidak sedarkan diri akibat dipatuk ular tedung...

Bendera Kejayaan Menentang COVID-19...

KUALA LUMPUR - Kehadiran bulan Julai pasti dinantikan apabila negara diramal bebas daripada pandemik...

15 Menara Komunikasi Dibina...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu sebanyak 15 menara komunikasi...

RUU Akses Sumber Biologi Ke Parlimen Bulan Depan

KUALA LUMPUR – Rang Undang-undang berkenaan Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah (ABS) dijangka dibentangkan di Parlimen bulan depan.

Menteri Sumber dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata rang undang-undang itu yang antara lain bertujuan mengawal selia akses kepada sumber biologi negara itu kini dalam proses semakan oleh Jabatan Peguam Negara.

“Rang Undang-undang ini akan mengawal undang-undang biodiversiti untuk mengambil tindakan terhadap orang luar yang cuba mencuri bahan hutan kita untuk dipatenkan.

“Ia juga bertujuan untuk memastikan faedah yang terhasil daripada kepentingan biodiversiti seperti ubatan tradisi dikongsi secara adil dan saksama untuk menjana kekayaan daripada sumber biologi yang digariskan dalam Modal Baru Ekonomi 2010,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Mengenai Akses Kepada Sumber Biologi Dan Perkongsian Faedah, di sini, hari ini.

Wan Junaidi berkata beliau yakin rang undang-undang itu akan diluluskan di Parlimen tahun depan.

Penggubalan rang undang-undang ABS ini adalah selaras dengan obligasi Negara di bawah Konvensyen Kepelbagaian Biologi.


CBD adalah perjanjian di peringkat antarabangsa mengenai pemuliharaan kepelbagaian biologi yang disertai negara sejak 1992, yang mengiktiraf bahawa sumber biologi adalah hak mutlak sesebuah negara dan negara berhak mendapat faedah daripada penggunaan sumber tersebut.

Persidangan kebangsaan yang diadakan hari ini bertujuan mewujudkan kesedarantentang ABS sebagai persediaan negara dalam melaksanakan undang-undang itu apabila diterima pakai kelak.

Ia dihadiri lebih kurang 120 wakil daripada kerajaan persekutuan dan negeri, pertubuhan bukan kerajaan, institusi pendidikan dan penyelidikan serta pihak swasta. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori