Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Operasi Tangkap Anjing Liar:...

Petaling Jaya : Lelaki warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di...

Guna Kemahiran Untuk Membangunkan...

ARAU - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menasihatkan graduan politeknik agar...

Khairul Hafiz Masih Bergelut...

KUALA LUMPUR – Jaguh pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan berkata beliau gagal...

Pembatalan Projek Kidex Akan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya akan merujuk kepada kabinet berhubung keputusan kerajaan...

Sampai Takut Pergi Kebun

Lipis – Kira-kira 500 penduduk di tiga kampung iaitu Kampung Batu 9, Kuala Kenong dan Lentang, di sini, hidup dalam ketakutan apabila berdepan dengan serangan gajah liar yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini.

Serangan gajah berkenaan memusnahkan kebun buah serta ladang getah milik penduduk sehingga ada penduduk tidak lagi berani pergi ke kebun mereka kerana bimbang terserempak dengan haiwan itu.

Ketua Kampung Batu 9, Nadzri Kamaludin berkata, tahun ini saja tiga kali kejadian serangan gajah dilaporkan dan terbaru Jumaat lalu.

Katanya, dalam kejadian itu kumpulan gajah dipercayai antara empat hingga lima ekor memusnahkan hampir 30 pokok pisang dan dokong milik penduduk.

“Kejadian disedari pemiliknya apabila mereka pergi ke kebun membersihkan semak dan terkejut melihat pokok pisang dan dokong menyembah bumi.

“Ada antara pemilik kebun berkenaan enggan meneruskan rutin harian di ladang itu kerana bimbang keselamatan mereka jika terserempak dengan haiwan liar itu,” katanya.

Kejadian itu menjejaskan pendapatan penduduk terutama yang bergantung kepada hasil getah apabila mereka tidak lagi keluar menoreh adakalanya terpaksa bercuti seminggu.

Dakwanya, dia pernah mendengar insiden seorang penduduk maut diserang gajah liar di kampung itu 20 tahun lalu dan dia enggan kejadian sama berulang kembali sekiranya langkah sewajarnya tidak diambil pihak berkaitan.

Ketua Kampung Lentang, Abdul Razak Hassan, berkata, walaupun sehingga kini tiada kejadian gajah berkenaan memasuki dan merosakkan kediaman penduduk namun mereka tetap risau kerana ada kesan tapak kaki haiwan itu di kebun berhampiran rumah mereka.


“Haiwan itu menceroboh ladang milik penduduk untuk mencari makanan dan ia lazimnya bergerak secara berkumpulan. Penduduk bimbang sekiranya haiwan itu bertindak agresif dengan menyerang kediaman penduduk terutamanya yang berhampiran dengan kebun dan ladang berkenaan.

“Kami kini tidak lagi mampu untuk tidur lena lebih-lebih lagi apabila terdengar bunyi bising di luar rumah terutamanya pada waktu malam,” katanya.

Katanya, dia berharap pihak berwajib memandang serius masalah serangan gajah itu kerana ia memberi ancaman penduduk.

Abdul Razak berkata, pihaknya sudah beberapa kali membuat laporan berhubung kejadian itu namun tiada tindakan serius diambil untuk mengatasi masalah itu.

“Bukan mahu menuding jari kepada sesiapa tetapi kami memohon pihak berkaitan supaya mengambil langkah proaktif untuk mengatasi masalah ini bagi mengelak penduduk terus berasa terancam dan menanggung rugi,” katanya. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori