Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Tragis! Warga Emas Maut...

PETALING JAYA - Akibat cuai ketika ingin membuang sampah, seorang wanita maut selepas...

Kerajaan China Hantar Pakar...

BEIJING – Kerajaan China menghantar beberapa pakar penerbangan dan sebuah kapal penyelamat bagi...

Saya Tak Boleh Jika...

BATU PAHAT - "Kalau tak tengok besi sehari tak boleh, kerana sukan bina...

PAN ‘Lembik’ Dan ‘Cair’...

KUALA LUMPUR - Keangkuhan PAS jauh lebih baik berbanding Parti Amanah Negara (PAN)...

‘Saya Tetap’ – Safiey Mohon Maaf Kembali Jadi Pondan

SEJAK malam tadi, empunya nama Safiey IIias menjadi topik paling hangat dibicarakan masyarakat Malaysia hinggakan mengungguli carta trending menerusi laman Twitter.

BACA: ‘Andai Terluka, Ingat Janji-Nya’ – Mesej Heliza Buat Safiey

Semuanya bermula selepas Safiey yang juga pengasas produk kecantikan mengejutkan ramai apabila membuat pengakuan telah kembali menjadi ‘pondon’ dengan memuat naik gambar dirinya berpakaian wanita di laman Instagram.

ohmedia-safiey-ilias-kembali-jadi-maknyah-1

Dek pengakuan itu juga, ramai netizen yang meluahkan rasa sedih dan kecewa atas tindakan yang dibuat oleh ahli perniagaan muda itu.

Tidak kurang juga, yang memberikan kata-kata nasihat, tips-tips, dan pelbagai pandangan dengan satu harapan mengimpikan Safiey kembali semula kepada fitrah menjadi lelaki sejati.

Betul Ke Ford Mustang Tu Safiey Ilias Punya?

Pun begitu, Safiey menerusi satu posting terbaharu memberitahu, dia nekad dengan keputusannya itu dan memohon maaf kepada semua.

Jelasnya, dia masih tahu tentang halal dan haram, namun dia memerlukan masa dan ruang untuk berubah sepenuhnya.

Dalam pada itu, Safiey juga memohon orang ramai tidak mengaitkan penghijrahannya terdahulu kerana urusan bisnes.

Ikuti luahan Safiey panjang lebar berkenaan keputusannya ini;

“Tapi saya tetap dengan keputusan saya. Berilah saya ruang untuk berhijrah secara perlahan-lahan sehingga saya benar-benar mampu berubah secara total berjanggut bermisai, sado & sasa, macho dan segala-galanya yang ada pada lelaki sejati. Sampailah satu tahap saya temui istiqomah . Sebab saya takut nak jadi baik. Saya takut orang fikir saya baik. Saya takut nak expose hal-hal dakwah apatah ibadah, saya takut jika anda expect TOO MUCH daripada saya. Biarlah hal peribadi & urusan saya antara saya & Allah sahaja yang tahu.

Kenapa? Saya dah terlalu penat. Nanti orang hentam. Nanti orang cakap macam-macam. Nanti orang request itu ini . Nanti org manipulasi. Jadi saya nak org faham saya ambil masa semua ni untuk berhijrah secara total. Jiwa saya koyak dan penat. Jiwa saya sentiasa berkecamuk. Sampaikan saya solat menangis depan Allah pun saya masih tak tenteram bila ujian kunjung tiba tak henti henti. Ujian yang banyaknya datang daripada manusia.


Berilah saya nafas. Berilah saya ruang. Berilah saya masa. Berilah saya bergerak sendiri merencana perjalanan hidup saya. Ini FASA. Fasa diremukkan hati oleh Allah sekali lagi kemudian merangkak menangis mencari Dia kembali. Saya masih tahu halal dan haram. Biarlah selepas ini status FB saya cuma dipenuhi status bisnes & diari saya seperti dulu sejak saya buka akaun FB ini. Saya tak nak bercakap pasal dakwah dan agama dah sebab saya bukan orang yang layak lagi. Saya takut kena hentam.

Andai saya posing comel-comel seakan wanita, ampunkan saya. Beri saya masa untuk dapat posing seperti ayah, adik & abang anda. Andai penulisan saya laser selepas ini, ampunkan saya. Semuanya kelemahan mulut saya yang kadang-kadang tak dapat nak kawal emosi. Jiwa muda kan. Andai terjumpa saya di luar dan tidak menepati ciri2 berpakaian mahupun berperwatakan lelaki yang anda suka, ampunkan saya. Andai saya masih tidak berjanggut bermisai, ampunkan saya juga. Jawapan saya mudah sahaja, anggap saya belum berhijrah dan masih yang lama.

Saya tak nak uolls kata saya baik. Biarlah selepas ini, orang nampak saya yang jahat-jahat sahaja. Saya akan “YA” kan semuanya. Saya tak nak dikaitkan dengan hijrah lagi sebab saya sendiri masih memperbaiki diri menuju perubahan secara total.

Saya sentiasa lapar akan hidayah Allah dan Allah berkali kali hancurkan hati saya sampai saya menangis teresaknya. Saya yakin kenapa Allah membolak balikkan hati saya. Sebab sebelum ini saya yakin saya tidak akan menjadi yang lama. Saya mungkin sudah merasa sombong akan iman diri. Namun, Allah bijak dengan memberi ujian sehingga hati saya dibolakkan. Sekarang saya faham betapa saya lemah dan perlukan Allah sentiasa.

Saya suka jatuh berkali-kali, saya suka jika hati kecil ini ada keinginan kembali yang lama, saya suka jika diri ini berbuat dosa, sebab ini lah saya manusia yang pendosa, yang sentiasa nak kan hidayah dan pengampunan Allah. Mungkin ini adalah FASA sahaja. FASA kepada penghijrahan secara total suatu hari nanti. 

Pisahkan saya dengan bisnes. Saya tak nak dikaitkan berhijrah kerana bisnes. Anggap sahaja saya belum berhijrah jadi anda tak layak nak kaitkan saya dengan apa2 dah. Maafkan saya. Dan BERHENTI mengharapkan too much daripada saya .

Jangan risau. Tak adalah saya pakai perempuan 24 jam. Kalau sekali sekala nampak saya di luar sana memakai blouse perempuan, maafkan saya. Beri saya masa. Kadang-kadang rindu juga.

Doakan saya,” – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori