Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

AirAsia X Bawa 3.61...

KUALA LUMPUR - AirAsia X Bhd (AAX) membawa 3.61 juta penumpang pada tahun...

Fahmi Dibenar Pindah Kes...

Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil untuk memindahkan kes...

Pengecualian SST Untuk Kedai...

GEORGE TOWN - Kerajaan akan memberi pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) melibatkan...

Skandal Perakaunan, Presiden Toshiba...

KETUA Eksekutif dan Presiden Toshiba, Hisao Tanaka mengejutkan ramai apabila memilih untuk melepaskan jawatan...

“Saya Tidak Pernah Kahwin” – Calon Suami Fara Fauzana

JIKA semalam, satu Malaysia dikejutkan dengan khabar angin menyatakan calon bakal suami pengacara dan penyampai radio, Fara Fauzana telah mendirikan rumah tangga.

Terbaharu, tuan empunya badan iaitu Mohamed Hafiz Badiuzzaman pula tampil menafikan hal tersebut.

Mohamed Hafiz, 30, berkata, dia belum pernah berkahwin dan status konon seperti yang didakwa itu bukan menjadi punca kepada pembatalan pernikahannya dengan Fara.

“Saya tidak pernah berkahwin dan merahsiakan perkara ini daripada dia.

“Pembatalan perkahwinan kami juga bukan disebabkan status saya seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar semalam,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikirimkan menerusi WhatsApp kepada sebuah akhbar tempatan.

Pada masa yang sama, Mohamed Hafiz yang merupakan seorang ahli perniagaan berkata, laporan tidak tepat yang dilaporkan media itu telah menyebabkan tekanan emosi dan nama baiknya tercemar.


Sementara itu, dia berharap pihak media dapat memberikan sedikit privasi kepadanya dan keluarga.

“Saya masih lagi cuba menenangkan diri daripada pembatalan perkahwinan saya sendiri. Ia sangat memberi kesan mendalam juga kepada saya,” katanya.

Terdahulu, Fara membuat kenyataan rasmi memaklumkan perkahwinannya bersama jejaka bernama Hafiz yang sepatutnya berlangsung pada 17 September ini dibatalkan atas sebab-sebab peribadi yang tidak dapat dikongsikan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori