Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Harga Kit Ujian Kendiri...

KUALA LUMPUR - Harga kit ujian kendiri Covid-19 yang sedia ada akan diturunkan...

Dulu Ganti Pasport Hilang...

TINDAS... Jika selama 60 tahun di bawah Barisan Nasional (BN), tiada sebarang penalti...

Keikhlasan UMNO Pikat Rakyat...

KOTA KINABALU - Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata parti...

Budak Lelaki Bersendirian Teman...

KESIANNYA.. seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dari Perth, Australia mengalami pengalaman menyedihkan...

Rumah, 2 Buah Kereta Dihempap Pokok Kelapa

KOTA BHARU – Sebuah rumah dan dua buah kereta dihempap sebatang pokok kelapa di Kampung Pulau Kundur di sini, dalam kejadian ribut lewat petang semalam.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu, Pegawai Bomba Kanan II Che Mazlan Mohamed berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.45 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian bersama enam anggota dan sebuah jentera.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, kami dapati sebatang pokok kelapa telah tumbang dan menghempap sebuah rumah dan dua buah kereta jenis Cherry MPV dan Honda Accord.

“Kami kemudiannya bertindak memotong pokok kelapa tersebut dengan menggunakan dua unit gergaji rantai dengan dibantu oleh penduduk kampung,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Che Mazlan berkata kejadian berpunca daripada hujan dan ribut kencang petang semalam dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.


Sementara itu, seorang mangsa Minah Ahmad, 79, berkata beliau terkejut apabila mendengar bunyi yang kuat dari luar rumah dan terus keluar untuk melihat kejadian tersebut.

“Apabila saya keluar, saya dapati kereta dan sebahagian rumah saya dihempap pokok kelapa dan terus bertindak menghubungi bomba,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori