Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

30 Jam Sesat Dalam...

SEORANG pencari petai yang tersesat 30 jam di hutan Limau Kasturi, Gua Musang,...

Pelajar Perubatan Ditemui Selamat...

SIBU - Seorang pelajar perubatan tahun akhir Segi College Sarawak yang sedang menjalani...

Tuah Gamer! Datang RM10,...

KUALA LUMPUR - Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia pula ada pada...

Kunci Tayar: Pekerja Parkir...

KUALA LUMPUR - Gara-gara mengunci tayar sebuah kereta, seorang pekerja parkir bertingkat Hospital...

‘Selamat Tinggal Wahai Kembarku’

NEW YORK – Gambar seorang bayi bertemu buat pertama kali dengan kembarnya sambil memeluknya yang sakit tenat sejak dilahirkan menjadi viral di laman sosial.

Ibu bapanya menyiarkan foto mereka untuk tatapan rakan-rakan dan ahli keluarga di Florida, lapor Metro.uk.

Si kembar Hawk dan Mason Buchmeyer menjadi perhatian negara itu dengan senyuman comel mereka namun kisah mereka berakhir dengan kisah sedih.

Ibu bapa mereka, Brandy Guettler dan Tommy Buchmeyer mengetahui bahawa penyakit yang menimpa Hawk itu mengancam nyawanya namun mengharapkan agar orang ramai mendoakan agar bayi itu selamat.

Awal minggu ini, Hawk meninggal dunia akibat penyakit yang jarang didapati iaitu Kongenital Diafragma Hernia (CDH).

Brandy berkata, walaupun Hawk yang sedang sakit namun Mason sebenarnya yang perlukan kata semangat daripada abangnya itu.


“Mason kelihatan gelisah dan sering menangis, sehinggalah seorang jururawat memberi cadangan untuk letakkan dia di sebelah abangnya.

“Sebaik sahaja dia diletakkan di sebelah Hawk, dia memeluknya dan mula tersenyum seolah-olah mengetahui bahawa kedua mereka ada untuk satu sama lain,” katanya.

Keluarga tersebut berharap agar gambar tersebut dapat meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap penyakit yang boleh meragut nyawa bayi mereka itu. - Sinar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori