Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Enggan Pulang Jalani Hukuman...

NAMPAKYA episod kontroversi membabitkan kes pembunuhan berprofil tinggi model Mongolia, Altantuya Shaariibuu belum...

Blake Lively, Ryan Reynolds...

PASANGAN pelakon popular Hollywood, Blake Lively dan suaminya, Ryan Reynolds dikhabarkan telah selamat...

Tipu Mati Elak Beri...

WASHINGTON - Kerana tidak tahan isteri terlalu kerap meminta wang, seorang lelaki Honduras...

Kes Kematian Covid-19 Di...

WELLINGTON – Kadar kematian akibat Covid-19 di New Zealand mencecah paras tertinggi ketika...

Selepas 13 Hari Dibuka, Jambatan Kaca Ditutup

JAMBATAN kaca tertinggi dunia yang terletak di Zhangjiajie, China ditutup hanya selepas 13 hari dibuka, menurut pegawai kerajaan yang dipetik media tempatan.

Kerajaan China dikatakan bercadang melakukan kerja-kerja pembaikan umum di kawasan itu dan jambatan yang ditutup pada Jumaat minggu lalu belum diketahui bila akan dibuka kembali.

Portal berita BBC melaporkan, seorang jurucakap berkata, jambatan yang dibina di atas jurang yang tinggi itu “jatuh sedikit kerana terlalu ramai jumlah pengunjung yang datang.”

Dia bagaimanapun menyatakan tiada kemalangan dan keretakan atau pecah pada jambatan tersebut.

015819000_1473073475-05092016-jembatankaca

Jambatan sepanjang 430 meter itu yang menelan kos sebanyak 3.4 juta yuan menghubungkan dua tebing gunung di Zhangjiajie, wilayah Hunan dan membentang 300 meter itu di atas lembah yang dinyatakan pernah memberi inspirasi kepada landskap filem Avatar.

Ketika dibuka, jambatan itu dikatakan sebagai jambatan kaca tertinggi dan terpanjang di dunia.


Menurut pemerintah setempat, jambatan ini boleh menampung 8,000 pengunjung setiap hari, namun pengurusnya memaklumkan kepada CNN bahawa sebelum ditutup sementara, jumlah orang yang datang 10 kali ganda lebih ramai.

Pihak pengurusan mengumumkan penutupan jambatan itu melalui posting di laman micro-blogging China, Weibo. Mereka tidak menyebut anggaran jumlah pengunjung, tetapi kerajaan perlu melakukan kerja-kerja umum di kawasan itu.

Meskipun sudah ditutup, banyak rombongan pengunjung yang sudah mendaftar untuk lawatan terakhir sekali gus mungkin boleh menyebabkan mereka gagal masuk ke tempat tersebut.

Sebagai tindak balas tersebut, seorang netizen mengulas: “Saya telah membuat semuanya dan sekarang anda menyatakan jambatan itu ditutup, adakah anda mempermainkan saya?” – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori