Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Dr. Mujahid Pengkhianat Yang...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Politik kepada Presiden PAS, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar tidak...

Trend Zikir Sambil Goyang...

PUTRAJAYA - Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Abdul Shukor Husin...

750,000 Pekerja Asing Tidak...

JOHOR BAHRU - Terdapat kira-kira 750,000 pekerja asing tidak berdaftar yang bekerja tanpa...

Tiada Pingat Bagi Skuad...

INCHEON - Skuad terjun negara hari ini mempamerkan aksi hambar apabila tiada sebarang...

Sembelih Keluarga: Penagih Tegar Cetus Trend Ngeri

SATU beban besar bagi kalangan keluarga yang warisnya terbabit dengan ketagihan syabu ialah gangguan psikologi yang dialami penagih tegar.

Syabu termasuk empat jenis dadah rekaan lain, dipasarkan hasil kombinasi kimia berbahaya termasuk eramin, ketamin, amphetamin dan mathepatemin.

Semua jenis dadah rekaan ini dalam kelas Methaphetamin Hidroklorida.

Tanda-tanda awal gangguan psikologi penagih tegar biasanya jelas kelihatan sebelum tahap mental menjadi kronik. Malah, penagih syabu menampakkan tanda-tanda gangguan mental lebih awal dan agak lama sebelum sampai ke klimaks.

Klimaksnya pula pasti jenayah ngeri. Gangguan psikosis akibat pencemaran kimia dalam otak pasti membawa kepada perlakuan jenayah pembunuhan.

Penagih tegar syabu mengalami fenomena mendengar bisikan! Satu bukti jelas simpton psikosis.

Selalunya terdapat kes dimana keluarga sudah membuat laporan polis. Namun kerana pada peringkat ini penagih dianggap mengalami gangguan jiwa, polis tidak membuat tangkapan. Selalunya, polis meminta keluarga penagih merujuk pada pihak psikiatris di hospital kerajaan untuk tindakan lanjut.

Terdapat kes, sekali pun dibawa ke hospital, dalam banyak kes penagih dilepaskan setelah ditahan selama tiga hari.

Doktor hanya membekalkan ubat pil psikotrapik dan penagih dibenarkan kembali ke rumah. Kembali ke pangkuan keluarga bererti ancaman jenayah kembali berterusan.

Sekarang pun, kita sebenarnya sedang menanti berita demi berita jenayah dalam kes penagih tegar membunuh keluarga!

Justeru, pendedahan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) yang mendesak kerajaan supaya penagih tegar wajib ditahan dan diletakkan di pusat pemulihan, satu idea penyelesaian yang sangat membantu.

Pengerusi Biro Wanita dan Pembangunan Keluarga Pemadam, Datuk Jamelah A Bakar berkata, langkah ini penting untuk mencegah jenayah tragis.

“Penagih dadah tegar wajar diserahkan di pusat pemulihan, sampai pulih,” katanya.

Kenyataan ini dipetik dalam laporan akhbar Sinar Harian.


Sayangnya, kenyataan Jamelah kurang dilaporkan. Walaupun media massa sangat sensasi menyiarkan kes-kes jenayah ngeri membabitkan penagih tegar.

Rujuk semua kes jenayah pembunuhan ngeri babitkab penagih tegar. Semuanya adalah penagih dadah rekaan.

Trend dan kronologinya sama. Pembunuh menunjukkan simpton ancaman sejak awal. Namun, kerana status bukan kes jenayah selagi tiada perbuatan jenayah menyebabkan langkah pencegahan awal tidak berkesan.

Pihak polis harus menyatakan pendirian dalam isu ini. Sebab terdapat kes keluarga melaporkan lebih awal, tetapi tiada tangkapan dibuat kerana polis menganggap ini kes psikologi yang memerlukan tindakan pihak hospital.

Penagih menunjukkan simpton ancaman lebih awal. Antara pertuturan aneh kerana gangguan delusi. Atau bertindak mencurigakan dengan bercakap sendirian, serta sentiasa agresif dalam komunikasi. Malahan, mengganas secara verbal terhadap ahli keluarga.

Terdapat keluarga yang bertindak awal membuat laporan polis, tetapi ancaman verbal ini tidak dianggap jenayah. Pada tahap ini, ia diklasifikasikan sebagai kes sakit jiwa.

Selain itu, lebih kerap berlaku, sekali pun penagih dilihat agresif dan berbahaya, terdapat keluarga yang menyembunyikan ancaman kerana malu atau sayang pada waris.

“Jangan fikir sayang, jika ada keluarga yang menagih dadah bawalah untuk pemeriksaan doktor, macam satu kes iniĂ¢â‚¬Å½ keluarga kata dia tak bahaya, tapi bila kami bawa dia jumpa doktor,” kata Jamelah.

Sudah sampai masanya satu jalan penyelesaian dicari. Apakah tindakan yang wajar dilakukan demi pencegahan jenayah tragis.

Apa tindakan keluarga? Apa respons polis? Serta apa langkah pihak hospital?

Soalan utama: Benarkah polis tidak memiliki kuasa untuk menahan penagih yang hanya mengancam secara verbal?

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori