BEKAS hos program hiburan HLive, Shalma Ainaa selamat diijabkabulkan dengan anak Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid iaitu Wan Imar Izzat Wan Mohd Khair-il Anuar di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, petang semalam.
Pasangan itu dinikahkan bapa Shalma, Burhanuthen Ahmed Mustafa dan dalam majlis itu, Shalma menerima mas kahwin sebanyak RM300 beserta 13 dulang hantaran dan dibalas 15 dulang kepada pihak lelaki.
Shalma; 25, dan Wan Imar berkenalan empat tahun lalu ketika sama-sama melanjutkan pengajian di London, United Kingdom.
Wan Imar; 25, merupakan anak kedua Datin Mastura dan bapanya, Allahyarham Datuk Wan Khair-il terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu. – MYNEWSHUB.CC
Kredit foto:  Instagram Hlive
Not a single frown in the room 😊🕊✨💛👫⚜☄🌿🌟🎺 #shalximar
A photo posted by sarathira (@sarathira) on