Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Nekmat Bidas Pakatan Kait...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan ditempelak Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) gara-gara perbuatan melampau...

Kes Rosmah: Mahkamah KL...

KUALA LUMPUR – Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini hari ini menjadi tumpuan...

Operasi Tren JB Sentral-Kempas...

JOHOR BAHRU : Operasi tren antara Stesen Johor Bahru Sentral (JBS) dan Kempas...

Kontrak Neelofa Bersama Bank...

DESAS-DESUS bertiup kencang sejak semalam mengatakan kononnya kontrak pengacara, Neelofa sebagai Duta Kad...

Sia Luah Rasa Gembira 6 Tahun Bebas Alkohol

PENYANYI antarabangsa, Sia meraikan ulang tahun keenamnya bebas daripada ketagihan alkohol yang dialaminya sebelum ini dengan peminatnya.

Sia, 40, dalam satu Tweet di akaun Twitter miliknya meluahkan rasa gembira kerana dapat menjalani kehidupan yang sihat setelah berjaya meninggalkan tabiat buruk tersebut.

“Hari ini genap enam tahun saya ‘bersih’ daripada pengambilan sebarang alkohol dan dadah.

“Terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan dan peminat yang sentiasa memberikan sokongan dan semangat kepada saya,” tulisnya.


Sebelum ini, menerusi program The Late Late Show With James Corden, Sia berkata bahawa ketagihannya terhadap alkohol hampir memusnahkan kehidupan dan kerjayanya.

Walau bagaimanapun, selepas menerima sambutan yang baik sejak muncul dengan lagu Chandelier, dia tersedar dengan masalah yang dihadapinya dan membuat keputusan untuk mengubah cara hidup. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori