Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kedah Perlu Sokongan Pusat...

KUBANG PASU - Kedah memerlukan sokongan padu Kerajaan Persekutuan untuk terus maju, sekali...

Timbalan Presdien Dan Naib...

KUCHING - Parti Rakyat Sarawak (PRS) hari ini memecat timbalan Presidennya Datuk Joseph...

Gajah Ditemui Mati Dekat...

KOTA KINABALU - Pegawai Jabatan Hidupan Liar Sabah sedang menyiasat punca kematian seekor...

TH Beri Jaminan Simpanan...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memberi jaminan kepada para...

Siapa Aiman Banna Trending Di Media Sosial?

NAMA Aiman Banna mungkin tidak begitu dikenali ramai, namun baru-baru ini nama tersebut menjadi trending menerusi media sosial.

Dengan 3,989 komen yang dimuat naik dalam laman sosial, ianya menjadi antara perbualan terhangat dalam Twitter.

Sebelum mengulas lanjut mengenai topik yang diperbicangan dalam Twitter, di sini adalah beberapa info mengenai pemilik nama Aiman Bana.

Nama asalnya adalah Mujahid Aiman merupakan seorang blogger dan vlogger di laman YouTube serta pengasas Inspirasee iaitu sebuah gerakan kontemporari dakwah yang bermisikan penyebaran ‘pelangi inspirasi kepada jiwa hati umat ini’.

Pemuda berusia 20 tahun ini adalah seorang penulis buku bertajuk #Henshin dan penceramah bebas yang telah menjelajah lebih 120 institusi dalam negara sejak tahun lalu.

Sebelum ini Aiman Banna pernah menjadi tajuk di beberapa portal selepas mempertahankan seorang wanita yang pernah viral di media sosial baru-baru ini.

Baca: ‘Dia Seorang Daie’ – Netizen Pertahan Kak Hassanah

Berbalik di laman sosial Twitter, Aiman Banna dikecam netizen susulan status mengenainya yang dimuat naik oleh seseorang dan statusnya, namun isi kandungan kedua-dua status tersebut tidak dapat diakses dan dipadamkan.


Netizen, lill7y berkata, “Ambillah Aiman Banna sebagai contoh. Jangan jadi macam dia. Narcissistic dan always see the fault in others and put himself as an example.

Ada netizen yang menganggap penceramah bebas itu sebagai seorang yang pentingkan diri sendiri dan sering menganggap dirinya sebagai contoh serta hanya tahu melihat kesalahan orang lain.

Di sebalik kritikan dan kecaman, ada juga netizen yang menyokong Aiman Banna yang dikatakan sudah lali dengan kutukan kerana itulah kehidupan sebagai seorang pendakwah.

Malah, tidak kurang juga yang pelik apabila nama Aiman Banna tiba-tiba menjadi trending di media sosial. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori