Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Mahkamah Tolak Rayuan Pendakwaan...

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini menolak rayuan pihak pendakwaan berhubung pembebasan...

‘Siasat Semula Kes Kematian...

Johor Bahru : Kes kematian bayi perempuan, Nour Rania Asyifaa Yuseri, 15 bulan...

Perlis Mahu Semua Pihak...

KANGAR - Kerajaan Perlis memandang serius masalah ponteng dalam kalangan pelajar sekolah rendah...

Asrama Lelaki Pondok Pengajian...

PENDANG - Kira-kira 20 pelajar lelaki di Maahad Al-Fatoni, Bukit Kobah di sini...

Pencuri Silap Langkah ‘Lepas Hajat’ Di Rumah Mangsa

BEIJING – Malang seorang pencuri apabila terpaksa membuang air besar ketika menyamun sebuah rumah yang sekali gus memudahkan polis menjejak dan menangkapnya.

Lelaki berusia 39 tahun yang dikenali sebagai Zhang dari Henan itu memberitahu sebuah mahkamah di Beijing kelmarin yang dia tidak dapat menahan daripada membuang air besar ketika merompak rumah berkenaan.

Bagaimanapun, dia tidak pergi ke tandas, sebaliknya memilih untuk Ć¢ā‚¬Ėœmelepaskan hajatĆ¢ā‚¬ā„¢ di tepi katil tuan rumah berkenaan.

Tanpa disedari dia meninggalkan bukti jenayahnya apabila polis Beijing mengekstrak DNA daripada najis berkenaan yang menunjukkan sepadan dengan Zhang, yang mempunyai rekod jenayah dan pernah dipenjara tiga tahun kerana mencuri pada 2008.

Susulan penemuan itu, Zhang didakwa atas 286 kes kecurian dan satu rompakan sejak empat tahun lalu.

Namun, tidak dipastikan bagaimana polis dapat mengaitkan Zhang dengan semua kes berkenaan kerana tiada bukti ditinggalkan.


Zhang berkata, dia tidak kaya menjadi penjenayah, sebaliknya wang dicuri kebanyakannya digunakan untuk membeli makanan dan pergi ke kafe Internet untuk menonton filem.

Dia yang hanya mempunyai pendidikan setakat sekolah rendah memberitahu yang dia penat bekerja dan terfikir untuk cuba mencuri.

Mahkamah menetapkan tarikh lain untuk hukumannya. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori