Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

BNM Tubuh J/kuasa Pasaran...

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia menubuhkan Jawatankuasa Pasaran Kewangan dalam usaha membangunkan...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit meningkat semula daripada penurunan semalam untuk dibuka tinggi berbanding...

“Memang Nak Kahwin, Tapi...

SEBUT sahaja tentang Zizan, pasti akan ada yang terus terfikir mengenai 'kisah cintanya'...

PRN: Adenan Cabar Kerajaan...

KUCHING - Isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dibawa pembangkang khasnya DAP...

Singapura Paling Banyak Hutang Di ASEAN

SINGAPURA, negara termaju di rantau ASEAN, merupakan antara 20 negara memiliki kadar hutang asing tertinggi di dunia, menurut maklumat hutang global terkini dikumpul enjin pencarian, Yahoo!

Republik itu dianggarkan memiliki hutang bernilai AS$1.76 trilion (RM7.22 trilion). Mengikut ruangan kewangan enjin pencarian itu, hutang asing bermaksud pinjaman yang dibuat oleh individu atau entiti sesebuah negara daripada pihak asing.

Pinjaman itu sama ada merupakan pinjaman atau sekuriti hutang oleh kerajaan atau syarikat-syarikat tempatan daripada institusi kewangan atau bank komersial asing.

Nilai hutang yang dikumpul oleh Yahoo! itu disiarkan pada 7 September lalu, dengan meletakkan kuasa ekonomi terbesar dunia, Amerika Syarikat (AS) sebagai negara yang memiliki hutang asing tertinggi sebanyak AS$17.91 trilion (RM73.43 trilion) setakat 31 Mac 2016.

Berdasarkan data-data hutang terkini yang dikumpul, United Kingdom merupakan negara kedua mempunyai hutang asing terbanyak iaitu AS$9.6 trilion (RM39.36 trilion) diikuti Perancis AS$5.75 trilion (RM23.58 trilion) dan Jerman AS$5.54 trilion (RM22.71 trilion).

Antara negara lain dikelaskan sebagai 20 negara yang memiliki hutang asing yang tinggi ialah Luxembourg AS$3.47 trilion (RM14.23 trilion), Jepun AS$2.86 trilion (RM11.73 trilion), Itali AS$2.65 trilion (RM10.87 trilion), Belanda AS$2.52 trilion (RM10.33 trilion) dan Sepanyol AS$2.3 trilion (RM9.43 trilion).


Negara paling maju di ASEAN, Singapura berada di kedudukan ke-10 dengan hutang asing AS$1.76 trilion (RM7.22 trilion), diikuti China AS$1.68 trilion (RM6.89 trilion) dan Switzerland AS$1.61 trilion (RM6.60 trilion).

Juga Kanada AS$1.49 trilion (RM6.11 trilion), Australia AS$1.39 trilion (RM5.69 trlion), Belgium AS$1.28 trilion (RM5.25 trilion) Hong Kong AS$1.23 trilion (RM5.04 trilion) dan Rusia AS$599 bilion (RM2.46 trilion).

Beberapa negara rantau Skandinavia yang memiliki tahap sosial tinggi juga memiliki hutang asing besar seperti Sweden AS$1.15 trilion (RM4.72 trilion), Nor­way AS$615 bi­lion (RM2.52 tri­lion) dan Denmark AS$593 bilion (RM2.43 trilion). – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori