Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

David Beckham Angkut Anak-Anak...

SEKITAR minggu ini, kota fesyen New York menjadi sibuk dengan Minggu Fesyen New...

Kerajaan Bukan Samseng –...

KUALA LUMPUR - "Kerajaan bukan samseng. Kami tidak sewenang-wenangnya menahan sesiapa tanpa bukti...

Daler Yusuf Turut Terkena...

PELAKON yang baru meningkat naik, Daler Yusuf Muhammad atau lebih dikenali dengan nama...

Mujahid Nafi Keluar Arahan...

SEPANG - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa menafikan...

Sistem VEP Dilaksana Sebelum Akhir Tahun Ini

PADANG BESAR – Sistem Permit Masuk Kenderaan (VEP) bagi ken­deraan a­sing yang masuk ke negara ini melalui Singapura akan dilaksanakan sebelum akhir tahun ini, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi.

Katanya, semua sistem dan prosedur pelaksanaan VEP tersebut telah diuji dari pelbagai aspek dan didapati memuaskan, namun sedang melalui tempoh ‘matang’ sebelum diaplikasi sepenuhnya pada masa yang tepat.

“VEP ini memang akan dilaksanakan di semua sempadan negara (kedua-dua negara) bukan sahaja di Singapura malah di Thailand, Kalimantan (Indonesia) dan Brunei.

“Kerajaan akan mulakan dengan Singapura (kenderaan berdaftar) terlebih dahulu, dan setelah sistem berkenaan stabil barulah diaplikasi ke fasa seterusnya melibatkan sempadan yang lain,” katanya kepada pemberita selepas menutup Perkhemahan Kadet Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), peringkat Kebangsaan 2016 di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah JPJ, Datuk Datuk Nadzri Siron dan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Bahagian Operasi Pendidikan), Datuk Ahmad Tajudin Jab.

Ab Aziz berkata tempoh percubaan sistem VEP dikendalikan oleh JPJ sejak 1 Jun sehingga 17 Julai lepas bagi memastikan keberkesanan dan ketahanan sistem berkenaan serta berjalan lancar.


“JPJ telah menggerakkan seluruh kakitangannya untuk sistem berkenaan termasuk mendapatkan pertambahan anggota bagi memastikan operasi VEP itu mampu berjalan lancar sebaik ia dilaksanakan tidak lama lagi,” katanya.

Sehingga kini, lebih 120,000 kenderaan dari Singapura mendaftar dengan sistem VEP dan dianggarkan 60 peratus daripada satu juta kenderaan yang keluar masuk Malaysia melalui dua pintu keluar masuk dalam tempoh sebulan merupakan kenderaan dari Singapura.

VEP yang dicadangkan pada 2006, sepatutnya bermula pada 16 Julai dengan mengenakan bayaran RM20 bagi kenderaan asing memasuki Johor, tetapi telah ditangguhkan sebanyak empat kali sebelum ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori