Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Imran Khan Disingkir Daripada...

ISLAMABAD ā€“ Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan secara rasminya telah disingkirkan daripada jawatan...

Aplikasi MyDI Dilancarkan Semak...

PUTRAJAYA - Mulai 11 Mei orang ramai boleh membuat carian tentang status bankrap...

Saiful Tarik Balik Saman...

Ingat balik...pada 23 Jun,2014, Saiful Bukhari Azlan telah memfailkan saman terhadap Datuk Seri...

Sinead O’Connor Peluk Islam

BELFAST - Penyanyi terkenal Ireland, Sinead Oā€™Conner memeluk agama Islam dan kini menggunakan...

Sivasangari Wakil Tunggal Negara Di Final AJIC 2016

KUALA LUMPUR – Pilihan utama, S. Sivasangari menjadi wakil tunggal negara yang mara ke pentas final Kejohanan Skuasy Individu Remaja Asia (AJIC) di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, di sini hari ini.

Sivasangari menepati ramalan selaku pilihan utama kategori wanita bawah 19 tahun selepas menundukkan rakan senegara, Zoe Foo Yuk 11-5, 11-5, 11-5 dalam perlawanan separuh akhir yang hanya berlangsung selama 17 minit.

Di final esok, Sivasangari akan berdepan Satomi Watanabe dari Jepun yang mara selepas pemain negara yang juga pilihan kedua, Andrea Lee menarik diri di set ketiga pada kedudukan 8-4. Satomi menang dua set pertama 11-7, 11-6.

“Saya dapat mengawal permainan dengan baik serta berjaya menjarakkan kedudukan dan itu menyukarkan Zoe untuk mengejar mata.

“Bagi final esok, tidak kira siapa pun lawan, saya akan berikan yang terbaik untuk menjuarai kejohanan ini,” kata Sivasangari kepada pemberita selepas perlawanan separuh akhirnya.

Lee terpaksa menarik diri akibat kecederaan buku lali kiri yang sudah mula menunjukkan kesan sejak aksi suku akhirnya semalam.

Kecederaan yang dialami sewaktu latihan tiga minggu lalu kembali berulang ketika berdepan Satomi, memaksanya memberi kemenangan mudah kepada lawannya itu.

Sementara itu, harapan kem negara untuk melihat wakil negara dalam pentas final kategori lelaki bawah 19 tahun berkecai apabila Ng Eain Yow, yang juga pilihan utama, dikejutkan dengan kekalahan di tangan pemain Jordan, Mohammad Al-Sarraj.


Ng bermula baik dengan memenangi dua set pertama 11-7, 11-6, namun segalanya berubah pada set ketiga yang menyaksikan beliau gagal mengekalkan rentak dan tunduk kepada Mohammad dengan 10-12.

Pemain Jordan itu terus menguasai permainan dan menyamakan kedudukan dengan memenangi set berikutnya dengan 13-11 dan dalam set penentuan, Mohammad berjaya menguasai permainan dengan baik untuk kemenangan 11-8.

“Sejujurnya tiga set terakhir itu membuktikan Mohammad merupakan pemain yang lebih bagus daripada saya…dia melakukan semuanya dengan baik hari ini.

“Saya tidak melakukan banyak kesalahan tetapi dia mengutip mata pada saat yang tepat…kekalahan ini memberi pengajaran yang bermakna kepada saya,” kata Ng.

Aksi final esok akan menyaksikan Mohammad bertemu pilihan kedua, Velavan Senthilkumar dari India yang menewaskan pemain Hong Kong, Ling To Yu 6-11, 11-2, 11-8, 11-6. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori