Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pengurus Juventus Rebut Kerusi...

PENGURUS Juventus, Juventus Massimiliano Allegri tampil sebagai salah seorang yang mahu mengambil alih...

Tanggung Sendiri Kos Saringan...

PUTRAJAYA - Bermula hari ini, rakyat Malaysia dan warga asing yang masuk ke negara...

Pengurusan Sijil Halal Di...

IPOH - Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 mendapati pengusaha rumah...

55 Orang Terbunuh Dalam...

ABUJA, Nigeria – Pihak berkuasa Nigeria mengisytiharkan perintah berkurung 24 jam di negeri...

Sofa Terpanjang Di Malaysia Akan Dipamer Seluruh Negara

IPOH – Sofa terpanjang yang diperbuat daripada 3,000 helai kain terpakai jenis denim yang mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Book of Records pada April lepas, bakal dipamerkan ke seluruh negara.

Penyelaras Program Persatuan Seni Jahitan Kreatif (PSJK) Asmassura Tokiman berkata sofa berukuran 52.5 meter itu kini dipamerkan di sebuah pusat membeli-belah di Ipoh

“PSJK dengan kerjasama Pusat Latihan Kraftangan Epal akan pamerkan sofa ini ke seluruh negara antaranya Melaka, Terengganu, Kuantan, Sabah dan Sarawak. Ia akan berada di setiap lokasi selama 10 hari,” katanya.

Beliau berkata penghasilan sofa itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan menarik minat orang ramai supaya lebih kreatif menggunakan bahan kitar semula, sekaligus menghasilkan produk baharu yang bermanfaat untuk semua.

“Sofa itu yang mengambil masa selama enam bulan untuk disiapkan dihasilkan oleh lebih 1,000 orang terdiri daripada pelajar sekolah, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk 40 pesalah yang masih menerima hukuman di Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang,” katanya.

Asmassura berkata sofa berkenaan boleh memuatkan sehingga 140 orang dalam satu-satu masa.


Katanya, selain itu pelbagai produk yang dihasilkan daripada bahan kitar semula seperti kain denim, baldi, botol dan plastik turut dipamerkan dan dijual kepada orang ramai dengan harga yang berpatutan.

“Orang ramai juga berpeluang melihat idea-idea kreatif bagaimana untuk menghias semula pakaian lama menjadi baharu melalui pameran ‘Restyle’ dan merasai pengalaman menjahit ’tissue pouch’ dan ‘charging pouch’.

“Aktiviti seperti ini dapat memupuk semangat kerjasama dan berkongsi ilmu dengan orang ramai,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori