Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bintang Fault In Our...

PELAKON yang popular menerusi filem The Fault In Our Stars, Ansel Elgort kini...

2 Peserta Ratu Cantik...

KEJI… Dua peserta pertandingan ratu cantik telah ditahan ketika cuba menjual seorang remaja...

TH Hantar Petugas Ke...

ARAFAH - Jawatankuasa Induk Persiapan Masyair Tabung Haji (TH) bagi musim haji 1439H...

Samun Kedai Dobi: Pembantu...

SUNGAI PETANI - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12...

SPRM Beri Tempoh Seminggu Kepada 46 Pemilik Kereta Klon

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh seminggu kepada semua pemilik 46 buah kenderaan yang disyaki dibeli daripada sindiket kereta klon untuk diserahkan kepada badan tersebut.

Pengarah Perisikan SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, kenderaan mewah terbabit dikenal pasti oleh SPRM ekoran penahanan empat suspek dalang sindiket pemalsuan pendaftaran kenderaan yang diseludup dari negara jiran menerusi Op Piang baru-baru ini.

“Satu notis akan dikeluarkan kepada setiap pemilik berkenaan mengikut Seksyen 48 (e) Akta SPRM 2009 dan jika ingkar, pihak SPRM akan bertindak mencari dan menyita kenderaan tersebut.

“Pemilik boleh didakwa mengikut Seksyen 69 Akta yang sama yang mana jika disabitkan kesalahan membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahmad Khusairi berkata, semua 46 kenderaaan tersebut merupakan antara 67 kenderaan mewah pelbagai model yang dikesan SPRM dan daripada jumlah itu SPRM telah menyita 17 buah kenderaan bernilai RM1.7 juta.

Katanya, manakala status empat lagi kenderaan sedang dalam siasatan. Nilai pasaran kesemua 67 buah kenderaan tersebut dianggarkan kira-kira RM6.7 juta.

Semalam, SPRM telah menahan empat individu termasuk seorang kakitangan sebuah agensi penguatkuasaan di Kedah.


Dua suspek utama iaitu sepasang suami isteri ditahan secara berasingan di Kulim dan Alor Setar, manakala dua individu lain ditahan di Kuantan, Pahang dan Bandar Baru Bangi, Selangor.

Majistret Dalilah Ismail membenarkan SPRM untuk mereman kesemua suspek selama tujuh (7) hari bermula hari ini di Mahkamah Majistret Alor Setar.

Kesemua suspek dipercayai terlibat dengan sindiket yang menggunakan modus operandi baharu iaitu tidak mengklonkan identiti kereta lupus dari negara jiran tersebut sebaliknya menggunakan dokumen kerajaan palsu untuk pendaftaran kenderaan.

Sementara itu, pemilik kenderaan atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kenderaan tersebut, diminta menghubungi Penguasa Kanan Azaha Lias di talian 04-700 1884 atau 012 – 490 5986. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori