SEORANG ‘lelaki jadian’ mencipta sejarah apabila selamat melahirkan anak pertamanya hasil hubungan dengan pasangannya yang juga merupakan ‘perempuan jadian’.
Mereka merupakan pasangan transgender pertama yang berjaya mempunyai bayi sendiri di Ecuador.
Fernando Machado dan Diane Rodriquez menjadi ibu bapa selepas Fernando atau nama sebenarnya Maria, selamat melahirkan seorang bayi, baru-baru ini.
Walaupun Fernando sudah menukar fizikal luarannya persis lelaki sebenar, namun dia dan Diane tidak pernah melakukan pembedahan membuang kemaluan asal masing-masing.
Diane yang dilahirkan sebagai lelaki mengakui teruja bergelar ‘ibu’ walaupun bukan dia yang melahirkan bayi tersebut.
Pasangan itu bagaimanapun tidak mendedahkan jantina anak mereka.
Fernando dan Diane turut merancang untuk menambah bilangan anak mereka dalam masa terdekat ini. – MYNEWHSUB.CC