SEORANGÂ lelaki tidak menyangka gurauannya dengan meletakkan isternya, Leandra, untuk dijual dalam laman eBay telah mendapat bidaan tinggi hingga mencecah RM360,000 hanya dalam masa dua hari.
Lelaki itu, Simon O’Kane dari Yorkshire, Britain, memuat naik entri tersebut selepas bergaduh dengan Leandra yang didakwanya tidak bersimpati dengannya walaupun dia sedang sakit.
Simon, seorang jurutera dan mempunyai dua anak itu mendapat idea tersebut untuk `mengenakan’ isterinya selepas wanita itu berleter kepadanya.
“Untuk dijual, seorang isteri. Bukan baru, telah digunakan tetapi masih ada yang baik dalam dirinya.
“Perkara baik: Hasil kerja masih cantik dan ada kemahiran di dapur.
“Perkara buruk: Selalu bising dan sukar didiamkan kecuali anda beli bahagian berkilat baru jenama logam. Selepas beli, tidak boleh dikembalikan…. selamanya,’’ itu antara tulisan untuk jualan berkenaan.
Sementara Leandra pula, ketika mendapat tahu mengenai gurauan itu pada keesokannya, Â telah mengamuk kepada Simon.
“Saya rasa seperti mahu bunuh dia. Semua orang di tempat kerja saya ketawa dan menggelengkan kepala. Bukan sahaja dia meletakkan saya untuk dijual malah dia menggunakan gambar yang tidak cantik.
“Simone sentiasa menyatakan yang dia tidak sihat tetapi dia boleh ke gim untuk tempoh 3-4 jam pada satu-satu masa.
“Jadi saya beritahu dia, jika dia boleh ke gym, maka dia tidak berhak mendapat simpati daripada saya.
“Kalay eBay tidak menurunkan iklan terbabit, agaknya berapa banyak saya akan dapat,’’ kata Leandra. - Mynewshub.cc