Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

MIC Perlis Pastikan Semua...

ARAU - MIC Perlis akan memastikan kesemua kira-kira 2,100 pengundi berdaftar keturunan India...

Apa Tujuan Sebenar Azmin...

KUALA LUMPUR - Keputusan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengekalkan...

‘Sambal Neraka’ Dan ‘Hati...

KUALA LUMPUR - Pernahkah anda menikmati hidangan Sambal Neraka atau kuih Hati Sukma? Bunyinya...

Akta Hasutan 1948 Masih...

KAJANG – Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, polis masih boleh...

Sultan Selangor Rasmi Pusat Jagaan Warga Emas

SHAH ALAM, – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan merasmikan Pusat Jagaan Warga Emas Zakat Selangor ‘Bait Al- Mawaddah’, di Seksyen 30, Jalan Kebun, di sini.

Turut hadir mengiringi baginda, Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa.

Pusat perlindungan warga emas yang dibangunkan di atas tanah wakaf MAIS berkeluasan 0.607 hektar itu, mula beroperasi sepenuhnya pada 4 Sept 2014.


Bait Al-Mawaddah itu menempatkan 36 warga emas berusia lingkungan 55 hingga 86 tahun yang terdiri dari kalangan asnaf fakir dan miskin di negeri ini.

Selain mempunyai 26 bilik asrama, pusat jagaan itu turut dilengkapi bilik fisioterapi, taman herba, dewan serbaguna dan pejabat pentadbiran. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori