Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pendakwa Raya Perancis Sahkan...

KUALA LUMPUR - Pendakwa raya Perancis mengesahkan serpihan sayap yang ditemui di Pulau...

Mayat Bayi Ditemukan Di...

KUANTAN - Mayat seorang bayi perempuan yang cukup sifat ditemukan di Masjid Kampung...

Suspek Keganasan Sepanyol Rancang...

MADRID - Seorang anggota suspek rangkaian pengganas yang melancarkan serangan di Sepanyol minggu...

Erra Tertekan Hubungan Baik...

RASANYA peminat hiburan sendiri sudah maklum mengenai hubungan cinta yang terjalin antara Erra...

Surat Terbuka Zakir Naik Kepada Kerajaan India

NEW DELHI – Pendakwah kontroversi India, Dr. Zakir Naik, yang didakwa menanam sifat radikal dalam kalangan belia, semalam menghantar surat terbuka sepanjang empat muka surat meminta kerajaan menjelaskan apa sebenarnya yang dilakukannya sehingga digelar ‘Doktor Keganasan’.

Surat itu menyenaraikan lima soalan kepada kerajaan, bertujuan mencari jawapan kepada semua tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

“Kenapa sekarang? Saya sudah berdakwah selama 25 tahun bukan saja di India tapi di seluruh dunia.

“Apa sebenarnya yang saya lakukan sekarang hingga digelar Pendakwah Ganas dan Doktor Keganasan?

“Saya dihormati di 150 negara di dunia, sebaliknya dipanggil ‘penyuntik pengaruh keganasan’ di negara sendiri.

“Walau siasatan menyeluruh dijalankan agensi kerajaan, tiada satu keterangan pun menunjukkan wujudnya salah laku.

“Kini, penyiasat diminta pula mengulangi dan meneruskan siasatan. Mengapa?” kata pendakwah itu.


Yayasan Penyelidikan Islam (IRF), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kendaliannya juga pada mulanya dapat memperbaharui pendaftaran namun kemudian dibatalkan.

Doktor perubatan yang beralih menjadi pendakwah itu berkata ia bukan saja satu serangan ke atas dirinya, tetapi juga serangan terhadap India Muslim.

“Ia adalah satu serangan terhadap keamanan, demokrasi dan keadilan,” kata Naik dalam surat berkenaan.

Pengasas Peace TV, kendalikan IRF yang berpangkalan di Mumbai itu mula dipantau agensi-agensi keselamatan selepas sebuah akhbar Bangladesh melaporkan bahawa salah seorang penyerang dalam serangan keganasan 1 Julai lalu di Dhaka mendapat ‘ilham’ dari siri ceramahnya. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori