Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

BB Memperkenalkan BlackBerry Passport...

SEJAK BlackBerry Passport diperkanalkan, rata-rata pengguna amat berpuas hati dengan penawaran yang diberikan...

Kanak-Kanak 10 Tahun Ditemukan...

KAJANG - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun ditemukan mati dalam keadaan tergantung...

Pahang ‘Halalkan’ Aktiviti Melombong...

LIPIS: Pahang mewujudkan Skim Pelombong Kecil (SPK) kepada pengusaha aktiviti perlombongan mineral untuk...

Dijangka Terima 10,000 Pekerja...

PASIR GUDANG: Indonesia dijangka menghantar 5,000 hingga 10,000 rakyatnya bagi memenuhi sektor pembinaan...

TH Nasihat Jemaah Ikut Jadual Melontar Elak Sebarang Insiden

MAKKAH – Lembaga Tabung Haji (TH) menasihati semua jemaah haji Malaysia agar mematuhi segala arahan termasuk jadual melontar di Jamrat semasa operasi Masya’ir bagi mengelak sebarang insiden yang tidak diingini.

Ketua Rombongan Haji, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata ini kerana TH dan pihak Muassasah Asia Tenggara telah mengatur jadual sesuai bagi semua jemaah untuk berbuat demikian.

“Ingin saya nasihatkan agar jemaah haji mengikut sepenuhnya jadual yang telah kita aturkan untuk mereka seperti bila masanya untuk pergi melontar di Jamrat kerana kita lebih mengutamakan soal-soal keselamatan.

“Jika ada yang mengambil tindakan tersendiri, kita bimbang mereka akan terperangkap dalam kesesakan orang ramai yang akhirnya nanti boleh menimbulkan masalah yang lain,” katanya kepada pemberita semasa memberikan taklimat mengenai Operasi Masya’ir kepada media Malaysia di Ibu Pejabat TH Makkah di Hotel Abraj Janadriyah di sini pada Jumaat.

Operasi Masya’ir itu membabitkan wukuf di Arafah bermula pada 9 Zulhijjah iaitu pada 11 Sept ini yang kemudiannya bermalam di Muzdalifah, Mina dan seterusnya melontar di Jamrat yang berakhir pada 13 Zulhijjah.

Operasi itu adalah kemuncak kepada ibadat haji dan dijangkakan hampir dua juta jemaah haji seluruh dunia akan berada di Arafah pada masa itu.

Pada musim haji ini, tempat melontar di Jamrat untuk jemaah haji negara telah ditetapkan di kawasan tingkat tiga iaitu sama seperti tahun-tahun sebelum ini.

Syed Saleh juga turut menasihatkan agar jemaah haji agar tidak pulang ke Makkah secara bersendirian sebaik tamat operasi Masya’ir itu nanti bagi mengelak sebarang kesulitan.

“Sebelum ini, ada jemaah yang pulang ke Makkah secara bersendirian dengan memberikan pelbagai alasan yang akhirnya menyulitkan mereka seperti tersasar dan keletihan kerana terpaksa berjalan dalam jarak yang jauh,” katanya.


Katanya mereka juga boleh terdedah kepada isu-isu keselamatan yang lain kerana bertembung dengan ribuan jemaah haji luar negara.

Sementara itu, buat pertama kalinya TH memperkenalkan aplikasi khas bagi memantau pergerakan bas yang membawa jemaah haji pada hari wukuf nanti.

Syed Saleh berkata ia bagi memastikan kelancaran pergerakan bas dan sampai ke Arafah pada masa yang ditetapkan.

“Tahun lalu, aplikasi khas ini telah dibuat percubaan dan menunjukkan hasil yang baik dan pada tahun ini kita memperkenalkannya secara menyeluruh,” katanya.

Aplikasi yang dinamakan `Haj Mobility’ ini boleh dimuat turun melalui telefon pintar oleh pihak pengurusan bagi memantau semua pergerakan bas itu secara tepat masa.

Katanya aplikasi berkenaan juga dapat mengenal pasti permasalahan perjalanan bas berkenaan jika berlaku kelewatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori