Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

ANGKASA Sedia Kendali Sistem...

LIPIS - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) sedia menggalas tanggungjawab mengendalikan sistem...

Android ‘iPhone 6s’ Berharga...

BEIJING - Kedai elektronik di Shenzhen dikesan menjual telefon pintar yang tidak ubah...

Pelakon Veteran Pak Tamam...

KUALA LUMPUR - Pelakon veteran Bustamam Idris, 77, atau lebih dikenali sebagai Pak...

KPDNHEP Akan Runding Harga...

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan...

Tahniah! Malaysia Menang 2 Emas Di Paralimpik Rio

TAHNIAH! Malaysia melakar sejarah apabila memenangi dua pingat emas pada temasya Paralimpik Rio, Brazil, dan satu daripadanya merupakan rekod baharu dunia.

Pingat emas pertama dimenangi oleh Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100m T36 dan emas kedua dimenangi oleh Mohamad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru F20 dan ia merupakan rekod baharu dunia dalam acara tersebut.

Ridzuan memecut ke arah garisan penamat 100m T36 dengan catatan 12.07 saat meninggalkan Yang Yifei (China) dan Rodrigo Parriera da Silva (Brazil) dengan catatan 12.02 saat dan 12.54 saat.

Tahniah! Malaysia Menang 2 Emas Di Paralimpik Rio
Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi

Dalam cubaan kelimanya, Ziyad berjaya memadamkan rekod dunia yang dicatat oleh Todd Hodgetts (Australia) sejauh 16.29 meter dalam acara lontar peluru F20 di Paralimpik London 2012.

Tahniah! Malaysia Menang 2 Emas Di Paralimpik Rio
Muhammad Ziyad Zolkefli

Dalam acara tersebut, Dimitrios Senikidis dari Greece memenangi pingat perak dengan lontaran 16.17m dan Hodgetts meraih pingat gangsa dengan lontaran 15.82m.


Sebelum ini, dalam temasya Paralimpik, Malaysia hanya memenangi pingat perak dan gangsa. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori