Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Equanimity Dijual Kepada Genting...

PETALING JAYA - Putrajaya memutuskan untuk menjual kapal layar mewah Equanimity kepada syarikat...

Lebih 600 Premis Di...

KOTA KINABALU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Sabah telah mengenal pasti lebih...

Mourinho ‘Pening’ Pilih Jentera...

MANCHESTER - Jose Mourinho menimbang untuk menggandingkan Anthony Martial, Romelu Lukaku dan Marcus...

SPRM Tahan Empat Lagi...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan empat lagi pegawai...

Taiwan Lumpuh Dibadai Taufan Paling Kuat Di Dunia

TAIPEI – Sebahagian besar Taiwan lumpuh sepanjang 14 September apabila dibadai teruk Taufan Meranti yang melintasi kawasan hujung selatan pulau tersebut, lapor pelbagai media tempatan dan asing di sini hari ini.

Meranti disifatkan oleh ramai pakar meteorologi antarabangsa sebagai taufan paling dahsyat di dunia malahan jauh lebih kuat berbanding Megi pada 2010 lalu dari segi tekanan arus dan Haiyan pada 2013 dari segi kemampanan pergerakan arus angin.

Sekencang kira-kira 370 kilometer sejam dan bermula pukul 6 pagi (sama waktu dengan Malaysia), Meranti juga merupakan taufan yang paling hebat pernah dialami oleh Taiwan dalam tempoh masa 21 tahun, menurut laporan media negara tersebut.

Meskipun Meranti tidak melanda bahagian utara Taiwan, ia tetap menyebabkan sebahagian besar kawasan selatan dan timur pulau itu dibadai angin amat kencang dan hujan lebat. Hampir 550,000 rumah dilaporkan terputus bekalan elektrik domestik.

Para pelancong asing yang kebetulan berada di pulau-pulau kecil pula terpaksa dipindahkan oleh pasukan penyelamat tempatan manakala sekolah-sekolah dan pejabat kerajaan diarah ditutup. Lebih 130 perkhidmatan feri juga digantung sepanjang Rabu.

meranti1

Seramai 4,000 anggota tentera dan polis turut dikerah untuk memindahkan kira-kira 1,500 orang penduduk di Li Wei-Sen, kawasan yang paling teruk terjejas akibat impak taufan berkenaan, menurut kenyataan dikeluarkan Pusat Operasi Kecemasan Taiwan.


Lebih 370 penerbangan domestik dan antarabangsa dibatalkan manakala sejumlah jadual perkhidmatan kereta api terpaksa digantung sementara waktu, lapor agensi berita rasmi China News Agency yang dipetik oleh stesen penyiaran terkenal CNN.

Meranti dijangka membadai wilayah Guandong dan Fujian di tanah besar China pada awal Khamis, sekali gus diramal menjadi taufan paling kuat dalam tempoh 47 tahun di kawasan tenggara negara berkenaan, menurut agensi berita tempatan Xinhua.

Seorang penyelidik di Pusat Meteorologi Kebangsaan China, Zhang Dong mengunjurkan Meranti mengambil masa kira-kira sembilan jam untuk berubah daripada kategori taufan kepada super taufan dengan kekuatan 220 kilometer sejam.

Meranti dianggap sebagai taufan kategori 5 iaitu yang keempat dalam sejarah dunia selepas Winston, Fantala dan Nepartak. Sehari sebelum itu ia melintasi bahagian utara Filipina. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori