Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Apa Dosa Disebat Punggung...

DUA keping gambar menunjukkan seorang budak meniarap dengan punggungnya berbekas lebam teruk kesan...

Trump Mengambil Keputusan Paling...

UMUM telah pun ketahui keputusan muktamad Presiden Donald J. Trump secara satu pihak...

Lelaki Paksa Isteri Dan...

SUNGAI PETANI - Seorang lelaki berumur 36 tahun ditahan polis hari ini selepas...

NCD Kini Cabaran Utama...

KUALA LUMPUR - Respons yang lebih berkesan terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD) dan...

Tak Panggil Customer ‘Yunk’ Peniaga Online Kena Sekolah

MEMANG dah lumrah kan, bila berurusan dengan pihak lain, kita akan berdepan dengan pelbagai karenah dan perangai yang kadang-kadang tak tercapai dek akal langsung.

Lebih-lebih lagi jika kita menguruskan perniagaan atas talian.

Ada pelanggan yang memang ingin membeli dan cuba mencari peniaga yang menawarkan harga terbaik. Jadi memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan hati kena kental.

Bagaimanapun ada juga ‘pelanggan’ yang hadir semata-mata mahu cari pasal dengan memperbesarkan perkara yang kecil. Mungkin niat sebenar mereka hanyalah untuk menjatuhkan perniagaan anda.

Melalui perkongsian laman sosial pemilik akaun Facebook dikenali sebagai Suhaila telah memuat naik perbualannya menggunakan aplikasi WhatsApp bersama pelanggan yang tidak dikenali.

Dalam perbualan tersebut Suhaila secara tiba-tiba dimarahi pelanggan kerana menggunakan panggilan ‘saya awak’ yang dikatakan tidak beradap.

Menurut pelanggan tersebut, Suhaila seharusnya menggunakan bahasa yang sering digunakan penjual atas talian yang lain seperti ‘sis, dear atau yunk’.


Tak Panggil Customer 'Yunk' Peniaga Online Kena Sekolah

Tak Panggil Customer 'Yunk' Peniaga Online Kena Sekolah

Haihh lah manusia, benda macam ni pun nak dijadikan isu.. Bukannya penjual tu menggunakan perkataan yang kasar atau menghina pun.

Bersungguh marah, sampai nak suruh Cikgu Suhaila berhenti berniaga. Macam-macam ragam pelanggan, nak jadi peniaga kenalah sentiasa bersabar. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori