Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Terengganu Banjir, Rakyat Tak...

KUALA TERENGGANU - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu meminta orang ramai khususnya...

Agong, Permaisuri Ucap Takziah...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan...

Kakitangan PPK Maut Disengat...

BESUT - Seorang kakitangan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Gerai, Jerteh meninggal dunia petang...

2,500 Sertai Larian Jantungku...

PUTRAJAYA — Seramai 2,500 peserta daripada pelbagai lapisan peringkat umur menyertai program larian...

Tak Suka Barang Jenama, Sharifah Sakinah Minat Labur

TERKENAL dengan sikap ‘gila-gila’, pelakon dan pengacara Sharifah Sakinah mengakui dirinya seorang yang tidak gemar menggayakan barangan berjenama atau mengikut trend semasa.

“Saya tidak berapa gemar menggayakan koleksi barangan berjenama, sebaliknya lebih selesa memakai barangan yang murah saja. Saya tidak mahu terlalu ikut ‘trend’ fesyen semasa kerana lebih suka fokus pada dunia pelaburan dan hartanah,” katanya kepada BH Online.

Tak Suka Barang Jenama, Sharifah Sakinah Minat Labur

Menurut pelakon ini, dia lebih gemar dan suka kepada dunia pelaburan dan hartanah daripada berhabis duit untuk membeli barangan berjenama.

“Bagi saya, membeli rumah jauh lebih bagus dan berfaedah daripada mengejar barangan atau fesyen yang mahal-mahal.”

Tambah adik kepada pelakon Sharifah Shahirah ini, dia lebih gemar menggayakan sesuatu pakaian yag dirasakan selesa dan sesuai dengan diri dan karekternya.

Sakinah atau mesra dipanggil Kina ini turut memberitahu BH Online bahawa dia tidak suka memandu disebabkan beberapa kekangan yang terpaksa dilalui ketika memandu.

Tak Suka Barang Jenama, Sharifah Sakinah Minat Labur


Oleh itu wanita yang terkenal dengan sikap aktif ini gemar menggunakan perkhidmatan Uber untuk bergerak.

“Akibat selalu tersangkut dalam kesesakan jalan raya, saya rasa penat untuk memandu. Apatah lagi hendak mencari ruang meletak kereta yang terbatas.

“Jadi, ke mana saja saya pergi, saya akan naik Uber saja,” katanya.

Perkembangan terbaharu ratu kontroversi ini, dia akan bergandingan dengan Elfira Loy dan Sherry Al-Hadad menerusi sebuah program Travelog. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori